Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taikun cat Singapura, bilionair, Goh Cheng Liang meninggal dunia 98 tahun
  • GLOBAL

Taikun cat Singapura, bilionair, Goh Cheng Liang meninggal dunia 98 tahun

Utusan Sarawak 1 day ago
BILIONAIR Singapura dan pengasas NIPSEA Group, Goh Cheng Liang

SINGAPURA:  Bilionair Singapura dan pengasas NIPSEA Group, Goh Cheng Liang meninggal dunia hari ini pada usia 98 tahun.

NIPSEA Group dalam satu kenyataan memaklumkan Goh “meninggal dunia dengan aman awal hari ini, dikelilingi oleh orang tersayang.”

Goh, yang dianggarkan mempunyai nilai kekayaan bersih AS$13 bilion, merupakan rakyat Singapura terkaya dalam Senarai Tahunan Bilionair Dunia Forbes yang dikeluarkan pada April tahun ini.

Syarikat pengeluar cat dan salutan Wuthelam Group yang turut diasaskan oleh Goh, merupakan pemegang saham utama Nippon Paint Holdings Jepun, menurut Forbes.

Dilahirkan pada 1927, Goh dibesarkan di sebuah rumah kedai sederhana bersama ibu bapa dan empat adik-beradik sebelum akhirnya memulakan perniagaan catnya sendiri di bawah jenama Pigeon.

Perkongsiannya dengan Nippon Paint Holdings pada 1962 menjadi asas kepada kehadiran global syarikat itu pada hari ini.

“Berpandukan visinya, perniagaan berkembang melangkaui Singapura dan merentasi Asia,” menurut NIPSEA Group sambil menambah bahawa beliau telah mengubah syarikat itu menjadi pengeluar cat terbesar di Asia dan keempat terbesar di dunia, dengan 148 syarikat di 28 lokasi geografi.

Di luar dunia perniagaan, Goh dikenali sebagai seorang dermawan. Beliau menubuhkan Yayasan Goh untuk menyokong inisiatif yang dekat di hatinya, khususnya dalam bidang penjagaan kesihatan dan penyelidikan perubatan.

Beliau juga memainkan peranan penting dalam memajukan penjagaan kanser di Singapura, termasuk menyokong Pusat Kanser Kebangsaan Singapura dan Pusat Terapi Proton Goh Cheng Liang, antara lain.

Goh turut menyumbang kepada institusi seperti Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK, Hospital Universiti Nasional dan program ARiSE Hospital Besar Singapura.– Bernama

Continue Reading

Previous: Singapura naikkan unjuran pertumbuhan KDNK 2025 kepada antara 1.5 hingga 2.5 peratus
Next: Dua kapal China berlanggar ketika kejar bot rondaan Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.