MULAI esok, 1 Februari 2022 masyarakat Cina yang menduduki hampir suku bahagian planet jagat raya meraikan Tahun Baharu Cina (TBC) dengan harapan baharu.
Tahun ini ialah tahun Harimau, menurut urutan kalendar zodiak masyara- kat Cina. Tahun Harimau melambangkan kekuatan dan keberanian. Falsafah ini dikaitkan lebih kepada aspek minda daripada aspek fizikal.
Begitupun, fahaman ini yang sebenarnya adalah lebih kepada kaitan sikap manusia itu sendiri, iaitu ke- beranian untuk berubah, dari- pada keadaan tidak baik kepada baik; ataupun dari keadaan lebih baik sekiranya seseorang itu memang pun sudah baik dari serba-serbi aspek sepanjang tahun sebelum ini.
Dalam urutan kalendar zodiak masyarakat Cina, harimau merupakan haiwan ketiga yang ditempatkan di muka bumi ini selepas tikus dan lembu. Urutan haiwan lain selepas harimau ialah arnab, naga, ular, kuda, kam- bing, monyet, ayam, anjing, dan akhir sekali babi.
Tahun Harimau Air
Apapun jua, pada permulaan tahun baharulah setiap individu dituntut untuk melihat ke dalam diri dan mencarta masa depannya agar ber-ada dalam keadaan sentiada sihat, maju, dan makmur serta berkeperibadian yang dihormati.
Dalam erti kata lainnya, Tahun Harimau Air ini adalah masa untuk mengawal emosi diri, bertitik tolak kepada apa-apa jua keadaan sebelum- nya. Kalau keadaan sebelumnya baik, mewah dan harmonis, maka manusia dituntut untuk bersederhana meraikan kebaikan dan tidak menjadi angkuh dan sombong.
Begitu juga sebaliknya, se- kiranya keadaan sebelum- nya kucar-kacir, serba diselu- bungi sengsara atau kesu- sahan, maka manusia dituntut untuk memuhasabahkan diri serta mencari jalan penyelesaian lewat cara untuk me- nongkah arus kesukaran agar tersua iklim yang tenteram, baik dan kembali harmonis.
Sebenarnya TBC juga dikenali sebagai Perayaan Musim Bunga. Ini melambangkan keceriaan dan keindahan yang seharusnya menyelu- bungi setiap kehidupan. Dalam kepercayaan masya- rakat Cina, terutama sekali dari kalangan golongan yang berpaut pada kepercayaan tradisional, tempoh tahun harimau ini ialah dari 1 Februari 2022 sehingga 21 Januari 2023.
Elemen air pada tahun ini merupakan antara empat elemen asas yang dipercayai menentukan pola kehidupan dari tahun ke tahun. Elemen-elemen itu ialah udara, bumi, api dan air – perlambangan terhadap kuasa te- naga hidup yang dianggap bagaikan kaedah bagi tujuan transformasi, berkaitan de- ngan kuasa peribadi, tenaga dalaman, intuisi (gerak hati), dan refleksi diri.
Sikap mesra
Bagi individu yang dilahirkan dalam tahun harimau air ini, dikatakan memiliki keperi- badian yang terpuji, iaitu pintar, periang, serta memiliki ke- upayaan bersosialisasi yang cukup baik.
Namun, menurut seorang pakar kajian zodiak Cina, Datuk Joey Yap yang banyak sekali menghasilkan buku tentang hal berkaitan, menyi- fatkan seseorang individu kelahiran tahun harimau air berkemungkinan juga boleh terjerumus dalam keseronokan yang agak melampau bagi seseorang yang kurang mengawal emosinya.
Tahun pasca Covid-19
Bagi pakar pengkaji zo- diak Cina, tahun 2021 adalah tahun yang paling menduga emosi manusia. Justeru, kemasukan tahun harimau air ini sewajarnya didepani dengan sikap positif yang jitu, kerana sepatutnya tahun ini merupakan tahun untuk melegakan emosi.
Segala ranjau duga dan duri uji yang telah dilalui me- ngandungi pelbagai hikmah yang patut dikutip sebagai serpihan pengalaman yang berupaya menghidangkan landasan yang lebih baik untuk dicarta demi kelang- sungan sebuah kehidupan yang amat bermakna dan lebih cerah lagi harmonis.
Semangat kental
Nilai yang paling dituntut dalam diri manusia ketika berada pada masa tahun harimau air ini adalah wujudkan semangat kental, kerana cabaran dan dugaan timbul dan tenggelam dibawa arus masa.
Tanpa kekentalan sema-ngat, tahun ini boleh melemaskan kehidupan, sebalik- nya jika emosi terkawal, kelegaan pasti akan terasa dan kelangsungan hidup akan lebih terarah menuju tangga kemajuan dan kemakmuran.
Bagi kepercayaan kuno dalam kalangan masyarakat Cina, segala tindak-tanduk yang dilakukan oleh keperi- badian dalam lingkungan harimau air ini bergantung pada sikap inidividu menanggapi setiap cabaran yang dihadapinya.
Jika individu yang cepat melatah, mudah mengalah kepada terpaan sebarang isu yang dengan tidak semena-mena muncul di hadapan seseorang, inilah kemungkinan impak tahun harimau air ini yang boleh melemaskan harungan hidup.
Adat resam melindungi gaya hidup
Kalau diamati, sebahagian besar masyarakat Cina berpaut pada adat resam yang diperturunkan dari turun- temurun.
Hal ini sedemikian kerana asuhan dan didikan masya-rakat Cina memfokuskan kepada keharmonian hidup demi kelangsungan yang sentiasa maju dan makmur.
Pada beberapa hari sebelum perayaan menjelang, dilakukanlah kerja-kerja pembersihan sekitar rumah, premis perniagaan serta persekitaran tokong. Kesemua ini dilakukan untuk melambangkan bahawa manusia mahu berubah agar kehidupan menjadi lebih tenteram, rezeki berupaya melimpah ruah mendominasi hari-hari yang bakal dilalui.
Hiasan dan dekorasi yang berwarna-warni dibuat sebegitu rupa untuk menjentik semangat, sikap dan aura yang mahu mendekati kebaikan serta menjauhi kejahatan atau keburukan.
Dalam kalangan masya- rakat Cina yang berpaut ke- pada fahaman Tao, musim sambutan TBC inilah masanya untuk menghantar balik roh Tuhan Dapur kembali ke syurga agar membawa laporan yang baik-baik kepada Dewa Jed (batu permata berwarna hijau) agar dewa itu tidak murka kepada manusia di dunia.
Jika tiada bencana berlaku atau keadaan di dunia tenteram, aman dan baik selalu, maka bererti berjayalah roh Tuhan Dapur itu menenangkan emosi Dewa Jed.
Atas sebab perkara-perkara inilah, maka kita saksikan adat yang unik seperti penyediaan kuih bakul, limau mandarin, sayur hijau serta pelbagai buah-buahan diberi sebagai tanda tawaran korban kepada roh.
Tarian-tarian singa juga diadakan dengan gaya yang cukup bising sebagai lambang mengenyahhalaukan hantu-hantu jahat yang bermaharajalela di muka bumi selama ini.
‘Angpau’ atau paket merah diperlambangkan sebagai hadiah untuk golongan yang belum berkahwin sebagai penghargaan terhadap pelbagai pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk kesejahteraan kehidupan di dunia ini, sambil pada masa yang sama, mendoakan agar mereka menelusuri jalan kehidupan ini dengan penuh disiplin agama seperti yang telah diajar sepanjang kehidupan mereka dari bayi sehingga membesar menjadi dewasa yang bertanggungjawab.
Inti pati utama dalam adat resam masyarakat Cina yang sebenarnya adalah tentang tanggungjawab untuk memastikan manusia tidak menju- rangi generasi kerana percaya hidup ini berkelangsungan atas hakikat bahawa tanpa yang tua tiada generasi muda yang sempurna.
Sambutan meriah berwarna-warni
Percikan bunga api yang beraneka warna dilepaskan ke ruang angkasa oleh manusia yang berpakaian baharu dan berwarna-warni melambangkan imbauan terhadap keceriaan dan ke- gembiraan hidup yang di- dambakan, sambil pada masa yang sama me- ngajak dunia untuk sama- sama meraikan kemenangan dalam perjuangan hidup yang ceria, berlembaran ba- haru dan didoakan agar terus cemerlang dan gemilang.
Walaupun pada ketika kita masih dalam keadaan endemik ini, dan kemeriahannya agar kurang daripada kelazimannya, namun sema- ngat, roh dan aura sambutan Festival Musim Bunga ini diharapkan dapat memutikkan bunga dalam hati manusia agar hidup dalam aman, tenteram, harmonis dan sentiasa bersatu padu untuk ke- majuan dan kemakmuran semua.