
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang, menyifatkan Tahun Kuda sebagai simbol kepantasan, momentum, keberanian dan kekuatan.
Menurut beliau, ada yang berpendapat tahun tersebut merupakan masa yang baik untuk mengembara, meneroka serta mengambil sedikit risiko.
“Secara asasnya ia adalah tahun yang baik, namun tetap mencabar kerana sifat kuda yang mencabar,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak.
Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikannya.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina yang bahagia dan makmur kepada semua.
“Semoga Tahun Kuda membawa kesihatan yang baik, kekayaan dan kebahagiaan kepada anda semua,” ucapnya.
Sementara itu, suasana sekitar Kuching kian meriah dan penuh warna-warni menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.
Oleh Masrin Affirah dan Shahrul Qaizat