Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tahun Kuda Api menandakan permulaan dan harapan baharu yang berani
  • Tengah
  • WILAYAH

Tahun Kuda Api menandakan permulaan dan harapan baharu yang berani

Utusan Sarawak 6 hours ago
SAMBUTAN Tahun Baharu Cina menyatukan rakyat pelbagai bangsa dan agama dalam semangat kekeluargaan. Foto Bernama.

SIBU: Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, perayaan Tahun Baharu Cina bukan sekadar sambutan besar-besaran, sebaliknya menekankan nilai kekeluargaan, kesyukuran dan keberanian untuk memulakan sesuatu yang baharu.

Jane Moh, 39, seorang pegawai komunikasi pemasaran berkata, perayaan ini kekal sebagai tradisi yang ringkas, namun bermakna.

“Sama seperti tahun-tahun yang lepas, saya meraikannya dengan meluangkan masa bersama-sama keluarga. Semua adik-beradik pulang ke kampung dan kami mempunyai keluarga besar berkumpul bersama,” katanya.

Moh berharap tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik, penuh dengan peluang dan keberanian untuk melakukan perkara yang sentiasa ingin dilakukannya, dan paling penting, dia sentiasa berdoa untuk kesihatan yang baik, terutamanya buat ibu bapanya.

Selain doa buat keluarga, tahun baharu ini juga menandakan hasratnya yang belum tercapai dan keinginan untuk menggapai peluang kedua.

“Saya tewas dalam pertandingan Toastmasters International District 87 Speech Contest di Bandung, Indonesia tahun lepas, jadi saya harap dapat beraksi dengan lebih baik pada pertandingan di Sibu, Mei ini. Sebelum itu, saya perlu memenangi pertandingan kelab pada Mac ini,” kata Moh.

Dalam pada itu, perayaan ini turut menyatukan komuniti melalui penganjuran rumah terbuka yang dikunjungi keluarga, saudara-mara dan tidak kurang juga rakan-rakan daripada pelbagai bangsa dan agama.

Pengerusi Eksekutif Delta Leasing Bhd, Dr Gregory Hii Sui Cheng mengundang rakan sekerja, pemegang saham, ahli persatuan dan sahabat-handai untuk bersama dengannya meraikan Tahun Baharu Cina di kediamannya hari ini.

“Saya bersyukur dan gembira dapat meraikan Tahun Baharu Cina bersama-sama,” katanya yang mengundang tetamu ke kediamannya di Pulau Li Hua untuk majlis rumah terbuka bermula 10.00 pagi tadi.

Menurut zodiak Cina, Tahun Kuda Api yang bermula hari ini sering dikaitkan dengan tindakan berani, perubahan ketara dan dorongan untuk meneruskan cita-cita. 

Selain itu, Tahun Kuda Api juga dianggap sebagai kitaran yang berkuasa dan jarang berlaku, melambangkan tenaga yang kuat, transformasi dan tindakan yang tegas. 

Namun begitu, maksud lebih mendalam perayaan ini bukan terletak pada zodiak semata-mata, tetapi pada pembaharuan, peluang untuk refleksi diri, berhubung semula dan bergerak ke hadapan dengan harapan baharu. – Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Polis prihatin kepayahan masyarakat disantuni
Next: Lima ditahan dalam serbuan sabung ayam di Sungai Apong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.