Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tahun Baharu Cina wadah kongsi kegembiraan
  • Tengah
  • WILAYAH

Tahun Baharu Cina wadah kongsi kegembiraan

Utusan Sarawak 6 hours ago
BERSAMA KUKUHKAN PERPADUAN…..Tiang merakam kenangan pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2026 Persatuan Klan Zhuang dan Ngieng Sibu di salah sebuah hotel terkemuka, malam tadi. Turut kelihatan Ling, Wong, Ngieng, Chieng serta yang lain.

SIBU: Sambutan Tahun Baharu Cina menjadi wadah untuk berkongsi kegembiraan, merapatkan hubungan kekeluargaan serta menyemai rasa syukur terhadap pengorbanan generasi terdahulu.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee menegaskan kepentingan memelihara nilai kekeluargaan, menghargai jasa nenek moyang serta memperkukuh perpaduan antara generasi dalam memastikan kelangsungan dan kegemilangan sesebuah persatuan klan.

“Kita tidak harus melupakan sejarah perjuangan nenek moyang yang merintis jalan sehingga membolehkan kita menikmati pencapaian hari ini. Tanpa pengorbanan mereka, kita tidak mungkin berada pada tahap sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2026 Persatuan Klan Zhuang dan Ngieng Sibu di salah sebuah hotel terkemuka, di sini malam tadi.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, kekuatan sesebuah klan bergantung kepada perpaduan dan kerjasama tiga generasi iaitu golongan tua, pertengahan dan muda dalam mempertahankan semangat kekeluargaan serta meneruskan legasi warisan.

“Saya menggalakkan lebih ramai ahli keluarga menyertai persatuan bagi memahami asal-usul dan sumbangan besar nenek moyang, selain melahirkan generasi pelapis yang cemerlang dan mampu mengharumkan nama keluarga,” ujarnya.

Menyentuh tentang perkembangan semasa, Tiang berkata, kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah membawa perubahan besar dalam landskap sosial dan teknologi dunia, justeru masyarakat perlu sentiasa bersedia untuk berubah dan terus menimba ilmu agar tidak ketinggalan.

“Kita mesti berusaha merealisasikan impian tersebut. Setiap individu mempunyai potensi untuk mencapai kejayaan luar biasa sekiranya disertai usaha dan semangat yang tidak mudah mengalah,” ujarnya.

Beliau turut menyeru masyarakat agar melangkah ke tahun baharu dengan perancangan rapi, tekad yang kuat serta komitmen untuk menyumbang kepada pembangunan komuniti, khususnya di Sibu dan Sarawak.

Turut hadir Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh, ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek, Pengerusi Persatuan Klan Zhuang dan Ngieng Sibu, Ngieng Hock Teck serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiga projek program mesra rakyat perkasa infrastruktur luar bandar Parlimen Sarikei
Next: Program TBC perkukuh kebersamaan pemimpin dan penjawat awam di Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.