Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tahun Baharu 2026: PM Anwar ajak rakyat bersama perkukuh perpaduan, terus maknai reformasi
  • NASIONAL

Tahun Baharu 2026: PM Anwar ajak rakyat bersama perkukuh perpaduan, terus maknai reformasi

Utusan Sarawak 9 hours ago
PM Anwar ajak rakyat melangkah ke 2026 dengan semangat perpaduan dan tekad memperkukuh reformasi. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama melangkah ke tahun baharu 2026 dengan semangat kebersamaan kukuh dan tekad jitu untuk terus memperkukuh perpaduan.

Menerusi mesej tahun baharu yang dimuat naik di laman Facebook beliau hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengajak semua rakyat untuk bersama memaknai reformasi secara berterusan, serta memastikan kemakmuran negara dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat.

“Marilah kita bergerak sederap, menyatukan langkah dan tekad, untuk menjayakan Malaysia MADANI yang lebih adil, makmur dan berdaya tahan demi mengangkat martabat negara ke tahap yang lebih tinggi serta memastikan kemakmuran yang inklusif untuk rakyat keseluruhannya,” kata beliau.

Beliau menegaskan bahawa Kerajaan MADANI akan terus bekerja dengan amanah, keberanian dan ihsan serta beriltizam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kejujuran demi memberikan manfaat yang nyata kepada rakyat serta menjamin masa depan negara yang lebih terjamin dan sejahtera.

Dalam mesej itu juga, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mendoakan kesejahteraan negara kekal terpelihara.

“Semoga 2026 ini menjadi tahun yang lebih cemerlang serta bermakna buat kita seluruh rakyat Malaysia. Saya dan Azizah mendoakan agar negara tercinta ini terus kekal aman, harmoni dan makmur,” kata Perdana Menteri.- Bernama

Continue Reading

Previous: Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi kekal bagi tempoh 1 hingga 7 Januari 2026
Next: Semangat kerjasama, kebersamaan bantu Malaysia mendepani pelbagai cabaran ekonomi – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.