Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tahun Baharu 2026 bawa harapan dan semangat baharu
  • Utara
  • WILAYAH

Tahun Baharu 2026 bawa harapan dan semangat baharu

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Dr Penguang Manggil menandatangani buku kehadiran pada majlis sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 di Dataran Marudi. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Tahun Baharu 2026 bukan sekadar pertukaran angka pada kalendar, tetapi ia juga membawa harapan, azam, dan semangat baharu untuk semua.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Penguang Manggil, berkata bahawa adalah penting bagi semua menilai pencapaian lalu, memperbaiki kelemahan masing-masing, serta melangkah ke hadapan untuk menjadi individu, pasukan, dan masyarakat yang lebih berjaya.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh keluarga Marudi yang sentiasa menunjukkan semangat kerjasma, perpaduan dan tolerensi yang tinggi walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 kelmarin.

MERIAH…Ketua Masyarakat antara warga Marudi lain membanjiri Dataran Marudi pada majlis sambutan Ambang Tahun Baharu 2026. Foto Jiku Juguong

Katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, kekuatan sebenar Marudi terletak pada rakyatnya yang pelbagai kaum, budaya dan kepercayaan namun tetap bersatu sebagai satu keluarga yang besar.

Menyentuh pembanguanan, beliau menekankan bahawa kerajaan Sarawak sentiasa komited untuk memastikan pembangunan yang seimbang dan inklusif termasuk di kawasan luar bandar sepetri Marudi, Bakong dan Tinjar.

Menurut beliau pelbagai inisiatif sedang dan akan terus dilaksanakan merangkumi pembangunan infrastruktur, kemudahan asas, telekomunikasi, pendidikan, ekonomi setempat serta kebajikan rakyat,

“Sebagai anak jati Baram adalah menjadi impian saya untuk mengubah taraf kehidupan kita di sini, maka setelah dipilih menjadi wakil rakyat saya telah merancang beberapa projek pembangunan di kawasan Marudi, Bakong dan Tinjar termasuk untuk membina jalan baharu yang menghubungkan Miri dan Marudi,” tambah beliau.

Dalam pada itu beliau bersyukur kerana Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telahpun melancarkan Projek Jalan Baharu Miri-Marudi yang baharu dan jalan ini juga akan menghubungkan Mulu dan Long Lama seterusnya ke Limbang dan Lawas.

Menjelang Tahun Baharu 2026, beliau menggesa agar semua pihak terus memperkukuh perpaduan, saling menghormati, dan bekerjasama tanpa mengira latar belakang masing-masing.

Tegasnya, perbezaan yang dimiliki bukanlah penghalang, sebaliknya menjadi kekuatan yang menjadikan Marudi, Baram, dan Sarawak unik serta harmoni.

“Pada zaman sosial media teknologi AI ini kita menghadapi cabaran yang lebih besar untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang telah kita warisi dari zaman berzaman,” katanya.

Tegasnya lagi, rakyat Marudi perlu bijak menilai kandungan di media sosial kerana selain membawa banyak kebaikan, ia juga turut membawa pelbagai kesan negatif dan menjadi platform bagi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan kebencian serta fitnah.

“Marilah kita sama-sama menolak budaya toksik yang tidak berfaedah dan merosakkan kita di Sarawak,” tambah beliau.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PPS Dewan Masyarakat Trusan dibuka, 16 mangsa banjir dipindahkan
Next: Remaja warga Indonesia dikhuatiri lemas di Sebuyau, operasi SAR digerakkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.