Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tahap kemajuan binaan Kompleks UNIFOR capai 22.6 peratus
  • TEMPATAN

Tahap kemajuan binaan Kompleks UNIFOR capai 22.6 peratus

Utusan Sarawak 2 years ago
Datuk Amar Douglas, Timbalan Premier Dato Sri Dr.Sim Kui Hian, Datuk Dr Penguang Manggil, Datuk Liwan Lagang bersama yang lain merakam gambar berlatarbelakangkan tapak projek Kompleks UNIFOR di Kuching, hari ini. Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Pembinaan Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bernilai RM63.6 juta  di Jalan Ong Tiang Swee kini berada pada tahap kemajuan 22.6 peratus.

Menteri bertanggungjawab ke atas UNIFOR, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, status pembinaannya kini berada tiga peratus mendahului perancangan jadual asal. 

Katanya, pembinaan Kompleks UNIFOR tersebut dijangka siap pada Julai tahun depan.

“Kompleks setinggi 10 tingkat di atas tapak pembinaan seluas tiga hektar itu mula dibina sejak Julai 2022. 

“Dengan keadaan cuaca kini, saya pasti pembinaan kompleks ini akan berjalan lancar.

“Kompleks ini akan menyediakan dewan untuk mengadakan mesyuarat dan kompleks ini juga akan menyediakan pejabat UNIFOR,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika sidang media lawatan tapak dan menghadiri taklimat berkenaan Kompleks UNIFOR. 

“Unifor adalah dasar inklusiviti dalam memastikan kepentingan dan kesejahteraan semua agama di Sarawak terpelihara.

“Ini menunjukkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tunaikan janji, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjanjikan dana untuk membina Kompleks Unifor, beliau tunaikan,” katanya. 

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Liwan Lagang.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Rabies: Rawat segera jika digigit anjing, kucing
Next: Fokus lahirkan graduan tenaga mahir, separuh mahir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.