
Riot police detain a man as they clear protesters taking part in a rally against a new national security law in Hong Kong on July 1, 2020, on the 23rd anniversary of the city's handover from Britain to China. - Hong Kong police made the first arrests under Beijing's new national security law on July 1 as the city greeted the anniversary of its handover to China with protesters fleeing water cannon. (Photo by DALE DE LA REY / AFP)

ANKARA: Seorang penunjuk perasaan ditahan pada Rabu dan menjadi orang pertama yang ditahan di bawah Undang-Undang Keselamatan Nasional Hong Kong yang baharu, lapor agensi berita Anadolu.
“Seorang lelaki ditahan kerana memegang bendera #HKIndependence (kemerdekaan Hong Kong) di #CausewayBay, Hong Kong, melanggar #Undang-UndangKeselamatanNasional. Ini tangkapan pertama yang dibuat sejak undang-undang ini dikuat kuasa,” kata polis Hong Kong di Twitter.
Penahanan itu berlaku pada ulang tahun ke-23 Hong Kong diserahkan kepada China, pada 1 Julai.
Upacara menaikkan bendera di Dataran Golden Bauhinia dihadiri pegawai tinggi termasuk Ketua Eksekutif Carrie Lam.
Beliau yang mempertahankan undang-undang baharu itu berkata, ia akan membantu “mengembalikan kestabilan dan ketenteraman” di Hong Kong.
Undang-undang itu diluluskan sebulat suara oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) pada Selasa dan ditandatangani Presiden Xi Jinping.
Bagaimanapun, undang-undang itu menerima kritikan di Hong Kong dan masyarakat antarabangsa.- Bernama