Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tahanan lokap IPD Lahad Datu kluster baharu
  • NASIONAL

Tahanan lokap IPD Lahad Datu kluster baharu

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 1 Sept -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 14 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 9,354 kes manakala yang telah pulih sebanyak 21 kes dan satu kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 128 kes. Turut kelihatan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Norhayati Rusli (kiri). --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SIDANG MEDIA… Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan semalam. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster baharu wabak Covid-19 di negara ini iaitu Kluster Benteng LD, di Lahad Datu, Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster berkenaan dikenal pasti hasil saringan terhadap tahanan baharu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu. 

“Setakat ini, seramai 50 orang tahanan telah disaring pada 28 Ogos dengan tujuh kes dikesan positif Covid-19 dan 43 individu adalah negatif,” katanya  pada  sidang media perkembangan harian Covid-19 semalam.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah positif itu enam adalah pendatang tanpa izin dan satu warganegara. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. 

“Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti. Aktiviti pengesanan kes secara aktif  dan saringan kontak rapat masih diteruskan,” katanya.

Bagaimanapun, punca jangkitan masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, beliau berkata KKM mendapati nilai Rt atau R naught (R0) iaitu kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak  dalam masyarakat meningkat  sedikit. 

“Pada 26 Ogos, Rt yang dilaporkan adalah 0.74, namun kini ia  telah meningkat sehingga 1.0,” katanya. 

Dr Noor Hisham berkata, KKM menyambut baik keputusan untuk menyekat kemasukan pemegang Pas Jangka Masa Panjang bagi warganegara India, Indonesia dan Filipina berkuat kuasa 7 September ini seperti yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

“Masyarakat diminta untuk terus patuh kepada Prosedur Operasi  Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. Orang ramai  perlu memainkan peranan masing-masing dalam memerangi  Covid-19 dengan  penuh rasa tanggungjawab terhadap komuniti,  masyarakat dan negara,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: ‘Perarakan’ rakyat meriahkan sambutan Hari Kebangsaan
Next: Polis tumpas sindiket judi dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.