Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tahanan baharu di Lahad Datu diasingkan
  • NASIONAL

Tahanan baharu di Lahad Datu diasingkan

Utusan Sarawak 5 years ago

LAHAD DATU, 4 Sept -- Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali (kiri) menyerahkan buku tugas komander kepada Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang baharu Datuk Ahmad Fuad Othman (kanan) pada majlis serah terima tugas Komander ESSCOM di Pejabat ESSCOM hari ini. Turut menyaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ramlan Harun (tengah). --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PESURUHJAYA Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali (kiri) menyerahkan buku tugas komander kepada Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang baharu Datuk Ahmad Fuad Othman (kanan) pada majlis serah terima tugas Komander ESSCOM di Pejabat ESSCOM, Jumaat lepas. Turut menyaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ramlan Harun (tengah).• Foto BERNAMA

LAHAD DATU: Semua tahanan baharu polis di Lahad  Datu  termasuk tangkapan melibatkan pendatang tanpa izin  akan ditempatkan  sementara  di lokap  Balai Polis Cenderawasih dan  Balai Polis Tungku di Felda Sahabat  di sini, bagi mengawal penularan Covid-19.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, penempatan itu bertujuan mengasingkan  tahanan baharu dengan tahanan lokap sedia ada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

“Langkah ini juga bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dalam kalangan tahanan lokap seperti terjadi di Lahad Datu sehingga wujud Kluster Benteng LD dan kes di Semporna,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di sini Jumaat lepas.

Katanya, tahanan baharu di dua lokap berkenaan yang tidak dituduh di mahkamah dan pengesahan keputusan ujian saringan Covid-19 negatif, akan dibebaskan  dengan persetujuan mahkamah.

“Bagi tahanan (yang tidak dituduh di mahkamah) tetapi belum memperolehi keputusan ujian swab atau belum sampai tempoh 14 hari kuarantin akan dihantar ke pusat kuarantin di Bakapit sehingga keputusan COVID-19 diperoleh,” katanya lagi.

Hazani berkata, seramai 107 tahanan lokap sedia ada di IPD Lahad Datu yang telah  menjalani saringan Covid-19 tidak akan dipindahkan dan proses pertuduhan akan dilakukan di IPD berkenaan.

“Mereka akan ditempatkan di IPD Lahad Datu sehingga mendapat pelepasan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dihantar ke Penjara Tawau,” katanya.

Sementara itu katanya, semua 77 pegawai, anggota dan keluarga polis di IPD Lahad Datu yang menjalani ujian saringan Covid-19 susulan pengesanan kluster itu disahkan negatif jangkitan tersebut. 

Sejak kluster tersebut dikesan pada 1 September lepas seramai  14 tahanan dikesan positif Covid-19 termasuk enam tahanan Penjara Tawau yang mempunyai  sejarah  berada  ke IPD Lahad Datu. Terdahulu Hazani yang juga bekas Komander ESSCom menyerahkan tugas kepada penggantinya Datuk Ahmad Fuad Othman, disaksikan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri  Datuk Ramlan Harun. – Bernama

Continue Reading

Previous: Dua maut kereta bertembung
Next: 220 ketulan ganja dirampas dalam MPV

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.