Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tahan sakit hampir dua jam kaki tersepit lubang tandas
  • WILAYAH

Tahan sakit hampir dua jam kaki tersepit lubang tandas

Utusan Sarawak 2 years ago

MENAHAN KESAKITAN... Pasukan bomba berusaha mengeluarkan kaki kanan mangsa yang tersepit dalam saluran kumbahan di bilik air. Foto BBP Tanjung Manis

TANJUNG MANIS: Seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia satu tahun lebih, menangis menahan kesakitan hampir dua jam apabila kaki kanannya tersepit dalam lubang saluran kumbahan di bilik air. 

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis, PBK I (KUP) Awang Busrah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 8.13 pagi semalam. 

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, benar terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun lebih tersepit kaki kanannya dalam saluran kumbahan di dalam bilik air. 

“Pasukan bomba bertindak memecah lantai dan paip menggunakan peralatan paratex,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, malam tadi. 

“Kaki kanan mangsa berjaya dikeluarkan dari saluran kumbahan. 

“Khidmat khas bomba berjaya mengeluarkan kaki kanan mangsa yang tersepit dalam saluran kumbahan pada 9.55 pagi,” ujarnya. 

Oleh EARL ANEK 

Continue Reading

Previous: Banjir di Kanowit: 77 mangsa masih di PPS
Next: Pesara guru dikhuatiri lemas ketika pasang pukat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.