BINTANGOR: Jalan dari simpang masuk ke pintu gerbang Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Mador akan dinaik taraf menerusi projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. Katanya, turut akan dinaik taraf pada tahun depan adalah tempat letak kereta serta bekalan elektrik dewan sekolah tersebut. “Ketiga-tiga projek untuk sekolah ini akan dilaksanakan menerusi RTP 2025. “Apabila siapnya projek-projek ini, ia akan memberi keselesaan pesekitaran serta sesi pengajaran dan pembelajaran untuk warga SK Sungai Mador,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Segulai Sejalai 2024 SK Sungai Mador, baru-baru ini. Malah, beliau turut mengumumkan akan menyalurkan geran khas bernilai RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Mador untuk menjalankan aktiviti tahunan 2025. Turut hadir Guru Besar SK Sungai Mador Fathi Tar; Pengerusi PIBG SK Sungai Mador Sylvester Empaling; Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong DSP Sekam Anoi dan Pengerusi Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Meradong, Tuai Rumah Kinchu Ajan. Oleh EARL ANEK
wilayah
LINGGA: Program Jelajah Gawai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga akan diteruskan pada 2025. Ahli Dewan...
LIMBANG: Lebih RM3.9 juta peruntukan disalurkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Bahagian Limbang untuk...
SIBU: Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menjalankan aktiviti perkelahan musim cuti sekolah khususnya sepanjang musim Monsun...
LIMBANG: Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan terus bekerjasama...
LIMBANG: Sebanyak 465 pek bantuan bakul makanan diagihkan kepada mangsa banjir di Kampung Tanjong Ungar, Kampung Lubok...
SIBU: Komuniti MADANI Datuk Robert Lau Hoi Chew telah mengagihkan sebanyak 200 pek bebola pulut kepada penduduk...
BINTANGOR: Prestasi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong telah menunjukkan pencapaian...
BINTANGOR: Seramai 200 murid, 25 guru dan lapan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) St Augustine (M) menyertai Program Latihan Kebakaran dan Pertolongan Cemas 2024. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, pihaknya mengendalikan ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api sempena program anjuran sekolah tersebut, kelmarin. “Program bermula dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. “Sepasukan bomba hadir bagi mengendalikan ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api,” katanya. Tambahnya, antara pengisian aktiviti yang turut dijalankan adalah latihan pengungsian bangunan. “Para peserta juga turut berpeluang belajar cara mengendalikan alat pemadam api. “Alhamdulillah, program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya. Oleh EARL ANEK
JULAU: Dua anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan pemantauan di lokasi tanah susur, kelmarin. Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, kejadian tersebut berlaku di hadapan Rumah Tera Dana, Nanga Langu, Entabai. “Pihak kami menerima panggilan kecemasan dari Tuai Rumah Tera Dana sekitar 12.00 tengah hari semalam (kelmarin). “Bertindak dengan panggilan kecemasan, dua anggota bomba bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemantauan. “Setibanya di lokasi pada 1.48 petang, didapati tanah susur berlaku di hadapan rumah panjang, namun tidak menjejaskan struktur rumah. Jarak di antara tanah susur ke rumah panjang anggaran tujuh meter,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam. Katanya, anggota bomba memasang tali sawar-sawar berhampiran tanah susur tersebut. “Penghuni rumah panjang turut dinasihati untuk berjaga-jaga dan menghubungi pihak bomba sekiranya masih berlaku tanah susur. “Pemantauan di lokasi tanah susur selesai sepenuhnya pada 2.30 petang,” katanya. Oleh EARL ANEK
DEBAK: Belum pun sampai seminggu, tiga perkampungan Melayu di Debak kini sekali lagi dilanda banjir kilat, awal...
PADAWAN: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) membantu dua gereja dalam kawasan Puncak Borneo sebagai sokongan kepada...