Ops Tapis: Lelaki dan dua wanita positif dadah ditahan

BINTANGOR: Ops Tapis yang dijalankan oleh pihak polis berjaya membawa kepada penahanan tiga individu disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah selepas serbuan dilakukan di sebuah kampung di sini, semalam.  Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata ketiga-tiga suspek terdiri daripada seorang lelaki berusia 39 tahun dan dua wanita masing-masing berusia 27 dan 41 tahun. […]

Lelaki ditahan miliki syabu di Engkilili

LUBOK ANTU: Lelaki tempatan berusia lingkungan 30an ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu selepas didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 0.20 gram dalam Op Tapis Khas IPD Lubok Antu, semalam. Tangkapan dilakukan sekitar 8.30 malam tadi di kawasan jambatan gantung Merio, Engkilili. Menurut kenyataan IPD Lubok […]

Lelaki ditahan miliki, positif dadah di Kapit

KAPIT: Lelaki ditahan selepas disyaki memiliki dan menggunakan dadah dalam satu operasi dijalankan di Jalan Selirik-Mujung, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nahu berkata, suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan. “Hasil pemeriksaan ke atas suspek menemui satu paket plastik […]

Lelaki positif dadah dicekup polis di Kanowit

KANOWIT: Lelaki berusia 26 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu operasi di daerah ini, semalam. Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Junical Ujal berkata, suspek ditahan sekitar 12.00 tengah hari di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kanowit selepas ujian saringan air kencing dijalankan terhadapnya. “Hasil ujian mendapati suspek positif […]

Dua pelajar 14 tahun ditahan polis, kemudian dibebaskan dengan jaminan

KUCHING: Dua pelajar berusia 14 tahun ditahan polis pada 10.15 semalam. Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, mengesahkan kedua-dua pelajar itu telah dibebaskan dengan jaminan polis. Kedua-dua pelajar lelaki tersebut terbabit dalam kes buli di sebuah sekolah menengah yang didakwa berlaku pada 21 Oktober, mensasarkan seorang pelajar perempuan. Mangsa dikatakan diugut […]

Vandalism incident at sales office in Kuching

KUCHING: Kuching Police Chief ACP Alexson Naga Chabu confirmed that police received a report from a 23-year-old local woman regarding a vandalism incident that occurred at around 12.30 pm on Wednesday at a sales office along Jalan Datuk Tawi Sli, Kuching. Initial investigation revealed that a 46-year-old local man damaged several display items after becoming […]

Polis rampas syabu 5.30 gram di Stampin, suspek positif dadah

KUCHING: Polis Kuching terus mempergiat usaha membanteras aktiviti pengedaran dadah dengan kejayaan terbaharu menahan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun di kawasan Stampin, semalam. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata suspek ditahan sekitar 11.50 pagi hasil serbuan di sebuah rumah di kawasan tersebut. “Hasil pemeriksaan menemukan empat paket plastik lutsinar berisi dadah […]

15 individu ditahan dalam operasi Antidadah AADK Sibu

SIBU: Seramai 15 individu, termasuk seorang wanita, ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu dalam Operasi Perdana Bil. 5/2025 yang dijalankan selama dua hari bermula semalam hingga hari ini. Menurut kenyataan AADK Daerah Sibu, daripada jumlah tersebut, 11 individu berusia antara 19 hingga 50 tahun didapati positif dadah jenis Methamphetamine (syabu) hasil ujian saringan […]

Penduduk tangkap dua lelaki, diserahkan kepada polis

SARIKEI: Polis mengesahkan telah menahan dua lelaki yang ditangkap oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa pada malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Sarikei, Deputi Superintendan Aswandy Anis dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu dikesan selepas satu hantaran tular di media sosial Facebook sekitar 11.00 malam pada 22 Oktober 2025. “Kedua-dua lelaki terbabit telah diserahkan […]

Dua individu ditahan dalam operasi jenayah komersial dan narkotik

POLIS menahan seorang wanita dan seorang lelaki dalam dua operasi berasingan membabitkan kes jenayah komersial dan narkotik di daerah ini baru-baru ini. Foto IPD Saratok SARATOK: Polis menahan seorang wanita dan seorang lelaki dalam dua operasi berasingan membabitkan kes jenayah komersial dan narkotik di daerah ini baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie […]

Langgar syarat lesen, bot penumpang ditahan di perairan Bintulu

BINTULU: Sebuah bot penumpang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu selepas disyaki melanggar syarat lesen di kedudukan 4.5 batu nautika barat laut muara Sungai Kemena, petang semalam. Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, penahanan dilakukan oleh bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan rutin di bawah […]

Ops Tapis: Polis terus gempur kegiatan dadah

BINTANGOR: Seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan polis dalam operasi Ops Tapis di Bintangor selepas disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata tangkapan dilakukan oleh sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong sekitar 2.10 petang, semalam. “Lelaki tersebut (suspek) ditahan semasa operasi […]