Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Tabung darah Miri kritikal, kes kecemasan perlukan transfusi harian
  • KESIHATAN

Tabung darah Miri kritikal, kes kecemasan perlukan transfusi harian

Utusan Sarawak 17 hours ago
TABUNG Darah Hospital Miri menggesa orang ramai untuk tampil menderma darah berikutan peningkatan kes pesakit yang memerlukan transfusi darah dalam jumlah yang tinggi sepanjang bulan ini.

MIRI: Tabung Darah Hospital Miri menggesa orang ramai untuk tampil menderma darah berikutan peningkatan kes pesakit yang memerlukan transfusi darah dalam jumlah yang tinggi sepanjang bulan ini.

Menurut pihak Tabung Darah, beberapa kes kritikal telah dilaporkan melibatkan pesakit daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Antaranya, seorang remaja berusia 17 tahun yang terlibat dalam kemalangan jalan raya telah memerlukan sebanyak 4 platelet, 4 plasma dan 4 sel darah merah bagi tujuan pembedahan kecemasan.

Berkat sumbangan penderma, pembedahan berjaya dijalankan dengan lancar dan pesakit kini dilaporkan stabil, katanya dalam satu kenyataan disalurkan melalui Facebook hari ini.

Tambahnya, dalam kes lain, seorang pesakit yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) memerlukan transfusi darah kumpulan O hampir setiap hari, dengan jumlah keseluruhan 16 plasma, 2 platelet dan 7 sel darah merah dibekalkan sepanjang bulan ini.

“Selain itu, seorang wanita berusia 37 tahun disahkan mengandung luar rahim dan mengalami pendarahan teruk sebanyak 1.7 liter ketika pembedahan, memerlukan dua beg darah bagi menstabilkan keadaannya.

“Seorang lagi pesakit wanita berusia 66 tahun yang menghidap Leukemia pula memerlukan 10 platelet dan 2 sel darah merah kumpulan A dalam tempoh dua minggu,” katanya.

Sehubungan itu, pihak hospital menegaskan bahawa situasi ini membuktikan keperluan bekalan darah yang berterusan bagi menyelamatkan nyawa pesakit.

“Kami amat memerlukan sokongan daripada semua penderma darah. Setiap titisan darah anda sangat berharga,” ujarnya lagi.

Orang ramai dialu-alukan hadir untuk menderma di Tabung Darah Hospital Miri atau menyertai kempen derma darah bergerak yang dianjurkan dari semasa ke semasa di sekitar daerah ini.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Kes tikam pelajar: Isyarat pentingnya kesihatan mental, sifat empati di sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.