Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penularan Influenza A: Tabika,Tadika KEMAS di Sarawak beroperasi seperti biasa tiada arahan penutupan
  • KESIHATAN
  • SEMASA

Penularan Influenza A: Tabika,Tadika KEMAS di Sarawak beroperasi seperti biasa tiada arahan penutupan

Utusan Sarawak 2 days ago
KEMAS Sarawak memaklumkan tiada sebarang arahan diterima untuk menutup mana-mana Tabika atau Tadika di bawah kendalian KEMAS di negeri ini susulan penularan jangkitan Influenza A di Samarahan baru-baru ini.

KUCHING: Pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sarawak memaklumkan tiada sebarang arahan diterima untuk menutup mana-mana Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) atau Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) di bawah kendalian KEMAS di negeri ini susulan penularan jangkitan Influenza A di Samarahan baru-baru ini.

Menurut jabatan itu, pihaknya masih belum menerima sebarang makluman rasmi daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung penutupan institusi pendidikan awal kendaliannya.

“Setakat hari ini pihak KEMAS tidak mendapat sebarang arahan atau makluman daripada pihak KKM untuk mana-mana tabika kendalian KEMAS ditutup.

 “Apapun pihak kami akan memaklumkan jika terdapat sebarang arahan terkini untuk penutupan kelas kendalian KEMAS,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini. 

Seorang pelajar, berusia empat tahun yang merupakan pelajar salah satu Tabika KEMAS di Samarahan disahkan meninggal dunia pada 8 Oktober lalu di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas mengalami komplikasi akibat jangkitan Influenza A.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati mangsa mula mengalami demam panas pada 5 Oktober dan mendapatkan rawatan di klinik swasta sehari kemudian sebelum mengalami sawan dalam perjalanan pulang.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) namun disahkan meninggal dunia pada 8 Oktober.

Menurut KKM, keputusan makmal mendapati mangsa positif Influenza A, namun punca sebenar kematian masih dalam siasatan lanjut oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak kerana turut melibatkan radang otak (ensefalitis).

KKM dalam kenyataan sama menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap jangkitan Influenza dan segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit tekak atau keletihan, terutama bagi kanak-kanak serta individu berisiko tinggi.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Kesihatan SEMASA

Continue Reading

Previous: SUPP anjur Karnival Kesihatan Komuniti perkasa kesedaran awam
Next: UPSI lokasi pertama latihan PLKN peringkat IPTA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.