Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tabika Kemas kanak-kanak autisme  setiap negeri bermula tahun depan
  • SEMASA

Tabika Kemas kanak-kanak autisme  setiap negeri bermula tahun depan

Utusan Sarawak 20 hours ago

MELAKA:  Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merancang membuka satu Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) khas untuk kanak-kanak autisme di setiap negeri bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata langkah itu diambil kerana terdapat permintaan dalam kalangan penduduk luar bandar yang mahu akses pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas berkenaan.

“Memang di negeri khasnya di kawasan bandar dan separa bandar, ada pihak swasta buka kelas seperti ini (tabika untuk kanak-kanak autisme) tetapi isu kita ialah masyarakat luar bandar yang tidak ada kemampuan untuk menghantar anak ke sekolah berkenaan.

“Sebab itu, Kemas sebagai ejen perubahan dalam masyarakat bersetuju untuk kita laksanakan program sekolah khas Kemas dengan (projek perintis) bermula di Melaka dan insya-Allah tahun depan akan diperluaskan ke seluruh negeri,” katanya.

Rubiah berkata demikian selepas meninjau projek perintis Tabika Kemas Istimewa@Kemas Hang Jebat yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka di sini hari ini.

Rubiah berkata KKDW akan menambah bilangan Tabika Kemas khas berkenaan dari semasa ke semasa kerana ia adalah pengalaman baharu kepada agensi itu dalam membuka tabika bagi murid berkeperluan khas.

“Anak-anak khas ini memerlukan pengurusan istimewa yang khusus untuk membangkitkan potensi mereka. Kita mendoakan kelas ini akan berjaya dan kita dapat membentuk serta membangkitkan potensi mereka,” katanya.

Sementara itu, Rais berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM300,000 kepada tiga Tabika Kemas khas di Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah bagi memenuhi keperluan penduduk luar bandar yang mempunyai anak istimewa berkenaan.

Beliau berkata peruntukan itu digunakan bagi menaik taraf Tabika Kemas sedia ada dengan alat bantu mengajar serta kemudahan lain untuk keselesaan kanak-kanak terlibat.– Bernama

Continue Reading

Previous: MAHB naik taraf KLIA T1 dengan pelaburan RM30 juta bagi pertingkat pengalaman pelanggan
Next: Agong berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.