Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tabau Legacy dinobat juara Bola Sepak Tujuh Sebelah Terbuka Rumah Panjang Ikom Senyawan
  • SUKAN

Tabau Legacy dinobat juara Bola Sepak Tujuh Sebelah Terbuka Rumah Panjang Ikom Senyawan

Utusan Sarawak 11 hours ago
 JUARA…Tabau Legacy muncul juara Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah Terbuka yang berlangsung di Rumah Panjang Ikom, Senyawan. Foto: Senyawan Event Update

SARATOK: Pasukan Tabau Legacy membuktikan keunggulan mereka apabila muncul juara Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah Terbuka yang berlangsung di Rumah Panjang Ikom, Senyawan, dekat sini semalam.

Dalam perlawanan akhir yang penuh aksi dan mendebarkan, Tabau Legacy berdepan tentangan sengit sebelum berjaya menundukkan Makarion FC, sekali gus mengesahkan gelaran juara kejohanan tersebut.

Kejayaan itu melayakkan Tabau Legacy membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 berserta piala dan pingat, manakala Makarion FC terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan hadiah RM1,000, piala dan pingat selaku naib juara.

NAIB JUARA…Makarion FC. Foto: Senyawan Event Update

Sementara itu, pasukan Hermanos FC dan Leopard’s masing-masing menamatkan saingan di tempat ketiga dan keempat, sekali gus melengkapkan kedudukan empat pasukan terbaik kejohanan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, yang turut memuji semangat kesukanan serta komitmen tinggi ditunjukkan semua pasukan bertanding

Sebanyak 24 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan anjuran Biro Sukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang Ikom, Senyawan dengan kerjasama Qasa Ilham, yang berlangsung selama dua hari.

TEMPAT ketiga dan keempat, Hermanos FC dan Leopard’s. Foto: Senyawan Event Update

Mohamad Duri turut memaklumkan Rumah Panjang Ikom kini memiliki gelanggang futsal berbumbung hasil peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Kalaka, yang bukan sahaja menjadi pusat aktiviti sukan, malah berfungsi sebagai lokasi pelbagai program kemasyarakatan setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sukan SEA 2025: Skuasy tuai dua emas
Next: Sukan SEA: Skuad MLBB wanita negara cipta sejarah rangkul emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.