Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sze Fei-Nur Izzuddin catat sejarah
  • SUKAN

Sze Fei-Nur Izzuddin catat sejarah

Utusan Sarawak 3 years ago

BERGU lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kegembiraan selepas menjuarai kejohanan Jelajah Dunia pada Terbuka Jerman 2022 semalam.

BERGU lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencatat sejarah tersendiri apabila menewaskan pasangan China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi untuk meraih gelaran sulung kejohanan Jelajah Dunia pada Terbuka Jerman 2022 semalam.

Pada perlawanan akhir berlangsung di Westenergie Sporthalle, Muelheim, gandingan negara yang menghuni ranking ke-17 dunia saling mengejar mata sebelum lawan mereka mendahului 11-8.

Pasangan negara yang diletakkan sebagai bukan pilihan berjaya menggagalkan hasrat gandingan baharu China itu untuk menamatkan perlawanan lebih awal pada kedudukan 20-19 dan 21-20, sebelum memenangi set pertama 23-21.

Beberapa kesilapan mudah dilakukan pasangan Sze Fei-Nur Izzuddin mengundang padah apabila mereka tewas set kedua 21-16, sekali gus mengheret kepada perlawanan penentuan.

Babak penentuan menyaksikan pasangan negara meneruskan asakan namun aksi ‘mengasak’ Nur Izzuddin sedikit terganggu apabila kelihatan mengalami kesakitan pada lutut kanan sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-14.

Kali terakhir pasangan negara mara ke perlawanan akhir adalah pada Masters Malaysia 2017 menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin muncul naib juara selepas tewas 21-19, 21-12 kepada Berry Angriawan-Hardianto dari Indonesia.

Selepas kejayaan sulung mereka hari ini, Sze Fei-Nur Izzuddin seterusnya akan beraksi pada kejohanan All England 2022 di Birmingham yang membuka tirai pada 15 Mac depan dan dijadual berdepan He Ji Ting-Tan Qiang dari China pada pusingan pertama.

Sementara itu, Kunlavut Vitidsam dari Thailand yang menewaskan pemain negara Lee Zii Jia, muncul juara baharu perseorangan lelaki Terbuka Jerman 2022 selepas menundukkan lawannya dari India Lakshya Sen 21-18, 21-15. – Bernama

Continue Reading

Previous: PC United tidak gentar menentang Merpati Team
Next: Medvedev hilang ranking nombor satu dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.