Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Synergy ESCO lancar ESG light pertama di dunia
  • BISNES

Synergy ESCO lancar ESG light pertama di dunia

Utusan Sarawak 3 days ago
SYNERGY ESCO, yang merupakan anak syarikat Malaysia kepada Unity Group Holdings International Ltd (Unity) yang disenaraikan di Hong Kong telah melancarkan set ESG Light pertama di dunia.

KUALA LUMPUR: Synergy ESCO, yang merupakan anak syarikat Malaysia kepada Unity Group Holdings International Ltd (Unity) yang disenaraikan di Hong Kong telah melancarkan set ESG Light pertama di dunia.

ESG Light ini merupakan satu kejayaan dalam kecekapan tenaga memandangkan ia hanya menggunakan tenaga 4.5 watt dengan jangka hayat selama 180,000 jam, selain mampu menjimatkan tenaga sehingga 89 peratus.

“ESG Light diperkenalkan ke dalam pertanian digital melalui inisiatif penyelidikan antara Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Kemampanan Unity-UPM serta Shine Plus Sdn Bhd,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Unity Group dan Synergy hari ini.

Shine Plus memiliki kepakaran dalam pertanian digital ESG dan memperkasakan komuniti untuk mengamalkan amalan hidup yang lebih mampan.

“Melalui perkongsian ini, teknologi tersebut akan digunakan dalam pertanian digital pintar Shine Plus bagi mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 70 peratus, meningkatkan hasil tanaman sebanyak 10 kali dan menyokong pematuhan ESG, membolehkan usaha menjejaki karbon dalam sistem makanan,” katanya.

Jangka hayat serta kecekapan tenaga ESG Light menjadikannya sebagai alat yang berharga di pasaran karbon, membantu perniagaan dan pemaju meminumkan pelepasan termasuk mendapatkan kredit karbon melalui pengurangan pelepasan yang dapat disahkan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Sime Darby catat untung bersih, pendapatan dan perolehan lebih rendah pada suku ketiga
Next: Niaga hadapan MSM meneruskan keuntungan selepas pengukuhan minyak kacang soya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.