Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Syarikat tempatan tawar kepakaran naik taraf senjata api M16 dan MP5
  • JENAYAH

Syarikat tempatan tawar kepakaran naik taraf senjata api M16 dan MP5

Utusan Sarawak 9 hours ago
SYARIKAT tempatan, Maruss Sdn Bhd (Maruss), menawarkan penyelesaian inovatif bagi memperkasakan aset pertahanan negara melalui program menaik taraf senjata api lama seperti raifal M16A1 dan submesingun MP5 dengan kos yang jauh lebih rendah, sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini. Selain itu, syarikat tersebut turut mengeluarkan peluru senjata kecil seperti 9mm serta peluru raifal pelbagai gred, termasuk 115 dan 124 grain. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Syarikat tempatan, Maruss Sdn Bhd (Maruss), menawarkan penyelesaian inovatif bagi memperkasakan aset pertahanan negara melalui program menaik taraf senjata api lama seperti raifal M16A1 dan submesingan MP5 dengan kos jauh lebih rendah.

Inisiatif itu bukan sahaja mampu memodenkan keupayaan pasukan keselamatan dan menambah stok senjata api sedia ada malah menawarkan penjimatan kos hingga 50 peratus berbanding pembelian aset senjata api baharu.

SYARIKAT tempatan, Maruss Sdn Bhd (Maruss), menawarkan penyelesaian inovatif bagi memperkasakan aset pertahanan negara melalui program menaik taraf senjata api lama seperti raifal M16A1 dan submesingun MP5 dengan kos yang jauh lebih rendah, sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini. Foto BERNAMA

Pengarah Urusan Maruss Syafiq Razi berkata langkah menaik taraf itu selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan industri pertahanan negara lebih berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya kepada produk luar negara.

Syafiq berkata proses penambahbaikan raifal M16A1 melibatkan transformasi daripada sistem operasi berasaskan gas kepada sistem omboh (piston) dan laras senjata api berkenaan.

“Perubahan ini membolehkan senjata tersebut berfungsi dalam ‘dua alam’, bermakna ia boleh digunakan dengan berkesan sejurus keluar daripada air. Selain itu, kita turut menukar laras kepada jenis heavy duty dengan salutan dalaman khas yang membolehkan pelbagai varian peluru digunakan tanpa menjejaskan jangka hayat laras,” katanya kepada Bernama pada pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2026 di sini hari ini.

PENGURUS Bahagian Senjata, Huzaymi Zamri, bergambar selepas ditemu bual Bernama sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini. Foto BERNAMA

Syafiq berkata penambahbaikan itu turut membolehkan pemasangan sistem rel Picatinny dan M-Lok bagi membolehkan aksesori moden seperti teropong penembak tepat (sniper scope) malam dan laser dipasang mengikut keperluan misi atau operasi.

Raifal M16A1 mula digunakan secara meluas oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekitar akhir 1960-an atau awal 1970-an dan masih digunakan hingga kini.

Mengulas mengenai keupayaan kilang pengeluaran syarikat berkenaan, Syafiq mengesahkan bahawa pembangunan fasa pertama kemudahan pembuatan Maruss kini telah siap sepenuhnya.

Beliau berkata kilang tersebut dijadualkan memulakan operasi pengeluaran sulungnya seawal suku kedua tahun ini dan ia memfokuskan kepada pengeluaran peluru senjata kecil seperti 9mm serta peluru raifal pelbagai gred termasuk 115 dan 124 grain.

SYARIKAT Tempatan, Maruss Sdn Bhd (Maruss), menawarkan penyelesaian inovatif bagi memperkasakan aset pertahanan negara melalui program menaik taraf senjata api lama seperti raifal M16A1 dan submesingun MP5 dengan kos yang jauh lebih rendah, sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini. Selain itu, syarikat tersebut turut mengeluarkan peluru senjata kecil seperti 9mm serta peluru raifal pelbagai gred, termasuk 115 dan 124 grain. Foto BERNAMA

“Bagi fasa pertama ini, mesin kita mampu mengeluarkan sekitar 12 hingga 15 juta butir peluru bagi setiap syif lapan jam. Jika kita beroperasi dalam tiga syif selama 24 jam, jumlah pengeluaran tersebut akan meningkat kepada 36 hingga 45 juta butir peluru,” kata beliau.

Dalam pada itu, Syafiq memaklumkan Maruss telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan firma Switzerland, SwissP Defence AG (SwissP), bertujuan menghasilkan peluru berprestasi tinggi di Malaysia menerusi perkongsian teknologi.

Beliau berkata kerjasama itu menandakan satu mercu tanda transformatif bagi industri pertahanan Malaysia, melalui penghasilan produk berkonsepkan “Buatan Malaysia dengan teknologi SwissP”.

“Melalui MoU  ini Maruss berhasrat untuk mendapatkan potensi hak eksklusif bagi komponen peluru berprestasi tinggi di dalam negara selain memudah cara perkongsian ilmu antara kedua-dua rakan kongsi,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan, dalangi tiga kes pecah rumah di Kabong demi dadah
Next: Nilai rampasan cecah RM1.96 juta, JKDM gempur gudang seludup minuman keras dan rokok tidak bercukai di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.