Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Syarikat perisian asas AS Salesforce ambil alih syarikat AI Informatica bernilai AS$8 bilion
  • GLOBAL

Syarikat perisian asas AS Salesforce ambil alih syarikat AI Informatica bernilai AS$8 bilion

Utusan Sarawak 1 day ago
SALESFORCE, bersetuju untuk mengambil alih Informatica, sebuah syarikat perintis dalam pengurusan data awan dikuasakan AI bagi perusahaan dengan nilai AS$8 bilion, menurut satu kenyataan pada Selasa.

ISTANBUL: Syarikat perisian yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Salesforce, bersetuju untuk mengambil alih Informatica, sebuah syarikat perintis dalam pengurusan data awan dikuasakan AI bagi perusahaan dengan nilai AS$8 bilion, menurut satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Anadolu Ajansi, para pemegang saham biasa Informatica akan menerima bayaran tunai sebanyak AS$25 sesaham, umum Salesforce.

Pengambilalihan ini dijangka mengukuhkan asas data Salesforce, sekali gus membolehkan pelaksanaan kecerdasan buatan ‘agentic’ yang lebih maju dan bertanggungjawab, menurut kenyataan itu.

“Salesforce dan Informatica akan bersama-sama menawarkan platform data paling komprehensif dan bersedia dalam industri.

“Dengan menggabungkan Data Cloud, MuleSoft dan Tableau bersama keupayaan pengurusan data terkemuka milik Informatica, kami akan memperkasa ejen AI autonomi untuk menghasilkan keputusan yang lebih bijak dan selamat, sekali gus memperkukuh kedudukan kami dalam pasaran data perusahaan yang bernilai lebih AS$150 bilion,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Salesforce, Marc Benioff.

Pengambilalihan ini dijangka mengukuhkan kedudukan Salesforce dalam penyelesaian perusahaan berasaskan AI.– Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: ‘Kesan menggerunkan’ apabila arahan pemindahan Israel libatkan lebih 40 peratus wilayah Gaza – PBB
Next: Roket Starship milik SpaceX meletup semasa ujian penerbangan kesembilan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.