Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Syarikat perikanan berpengkalan di Labuan teroka industri tuna global
  • BISNES

Syarikat perikanan berpengkalan di Labuan teroka industri tuna global

Utusan Sarawak 1 day ago
SEBUAH syarikat perikanan yang berpangkalan di Labuan, Vivendi Asset Sdn Bhd muncul sebagai pemain utama dalam pasaran global tuna dan makanan laut, meskipun masih kurang dikenali di peringkat tempatan.

LABUAN: Sebuah syarikat perikanan yang berpangkalan di Labuan, Vivendi Asset Sdn Bhd muncul sebagai pemain utama dalam pasaran global tuna dan makanan laut, meskipun masih kurang dikenali di peringkat tempatan.

Diasaskan pada 1997, syarikat ini membina reputasi kukuh di peringkat antarabangsa menerusi pengeluaran tuna sejuk beku berkualiti tinggi gred sashimi, stik tuna, blok tuna, isi tuna dan kiub tuna.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Lee Wei Sheng berkata dengan pengalaman lebih 28 tahun, Vivendi Asset berbangga kerana berjaya meletakkan Labuan di peringkat antarabangsa sebagai pengeluar produk tuna bermutu tinggi.

“Kami telah membekalkan tuna gred sashimi ke pasaran Eropah dan Amerika Syarikat selama lebih dua dekad.

“Antara pelanggan syarikat merangkumi pasaran global dan termasuk pengimport utama seperti Frinsa, Kibu, Dongwon, A.Y.A Fishery, Fish, Sea Delight, Atlantica, Mical Seafood, Adabi, dan Tri Marine,” katanya kepada Bernama hari ini.

Lee berkata para pelanggannya beroperasi dalam pasaran utama makanan laut di Eropah, Korea, India, Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika Syarikat, dan Oceania, termasuk Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik, dan Samoa.

“Selain produk untuk kegunaan manusia, Vivendi Asset turut mempelbagaikan penawaran ke dalam produk berkaitan seperti umpan ikan dan makanan kucing,” katanya.

Bagi memenuhi permintaan global yang semakin meningkat, syarikat itu sedang melaksanakan pelan pengembangan besar-besaran termasuk pembinaan kemudahan pemprosesan baharu yang lebih besar di Patau-Patau, dekat sini, serta perolehan empat buah kapal perikanan laut dalam dengan kapasiti antara 379 tanan kasar (GRT) hingga 660 GRT.

Menurut Lee nilai pasaran tuna global yang dianggarkan berjumlah AS$42 bilion (AS$1 = RM4.28) pada 2022 dijangka meningkat kepada AS$54 bilion menjelang 2032, satu trajektori pertumbuhan yang kukuh dan menyokong pelaburan strategik Vivendi Asset.

“Kami mungkin belum dikenali ramai di Malaysia, namun di peringkat global, Vivendi Asset diiktiraf sebagai pemain utama dalam industri eksport tuna,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Jualan automotif dijangka reda tahun ini selepas paras rekod pada 2024 – HLIB
Next: Algeria muncul sebagai pasaran menarik untuk minyak sawit Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.