Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Syarikat penerbangan UAE kendalikan 28 penerbangan seminggu ke Malaysia
  • GLOBAL

Syarikat penerbangan UAE kendalikan 28 penerbangan seminggu ke Malaysia

Utusan Sarawak 2 years ago

DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia telah menetapkan model kerjasama strategik dalam sektor penerbangan dan pelancongan, dengan peningkatan dalam bilangan penerbangan dan pertumbuhan stabil aliran pelawat.

Syarikat penerbangan UAE telah meningkatkan penerbangan ke Malaysia seiring dengan kepesatan peningkatan momentum perkongsian strategik bersama antara kedua-dua negara.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GCAA) memberitahu Agensi Berita Emirates (WAM) bahawa syarikat penerbangan UAE Etihad Airways, Emirates dan Air Arabia masing-masing mengendalikan 112 penerbangan bulanan atau 28 penerbangan mingguan dari Abu Dhabi, Dubai dan Sharjah ke Kuala Lumpur.

Etihad Airways memulakan penerbangan ke Kuala Lumpur pada 2007 dan sejak itu telah mengendalikan lebih 2.7 juta penumpang. 

Pada 2019, Etihad Airways menandatangani kerjasama dengan Tourism Malaysia untuk menarik pengunjung dari Eropah dan Timur Tengah ke Malaysia melalui hab syarikat penerbangan itu, Abu Dhabi.

Emirates memulakan perkhidmatan dari Dubai ke Kuala Lumpur pada tahun 1995. Syarikat penerbangan itu menawarkan perkhidmatan perjalanan dari Malaysia melalui rangkaian globalnya di lebih 140 destinasi.

Syarikat itu turut mengumumkan akan menambah penerbangan mingguan ke Malaysia kepada 21 dari awal Jun hingga Julai.

Sementara itu, Air Arabia menganggap penerbangan ke Malaysia sebagai langkah penting dalam rancangan syarikat berkenaan untuk memperluas kehadirannya dalam pasaran pelancongan Asia dan menyediakan pelanggan dengan pilihan perjalanan ke destinasi antarabangsa, termasuk Kuala Lumpur. – Bernama-WAM

Continue Reading

Previous: TikTok fail saman terhadap Montana
Next: Kapal perang terbesar dunia milik AS singgah di Norway

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.