
KAZAN: Sebuah syarikat penerbangan Rusia menyatakan minat untuk melancarkan penerbangan terus dari Rusia ke Malaysia bagi tujuan pelancongan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Rusia Vladimir Poteshkin pada Forum Ekonomi Antarabangsa ke-16 Rusia – Dunia Islam: KazanForum 2025.
“Kami mempunyai sebuah syarikat penerbangan yang berminat untuk mengendalikan penerbangan bagi pelancong. Kami sedang menjalankan dialog secara berterusan dengan Malaysia mengenai perkara ini,” kata Poteshkin kepada agensi berita TASS.
Sebelum ini, Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan selepas perbincangan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kedua-dua negara sedang mempertimbangkan kemungkinan penerbangan terus, dengan mengambil kira peningkatan pertukaran pelancong.
Edisi ke-16 Rusia – Dunia Islam: KazanForum sedang berlangsung dari 13 hingga 18 Mei di Kazan.
Edisi 2025 membawa tema Digitalisasi: Realiti Baharu dan Peluang Tambahan untuk Memperluas Kerjasama dan disertai wakil dari lebih 100 negara.
-Bernama