Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Syarikat penerbangan Jepun naikkan surcaj bahan api penerbangan antarabangsa mulai Jun
  • GLOBAL
  • TEMPATAN

Syarikat penerbangan Jepun naikkan surcaj bahan api penerbangan antarabangsa mulai Jun

Utusan Sarawak 5 hours ago
KOS penerbangan meningkat apabila JAL dan ANA naikkan surcaj susulan kenaikan harga minyak global.

TOKYO: Japan Airlines (JAL) dan All Nippon Airways (ANA) dijangka menaikkan surcaj bahan api bagi penerbangan antarabangsa mulai Jun susulan kenaikan harga minyak di tengah-tengah konflik di Asia Barat, lapor Xinhua.

Surcaj bahan api bagi penerbangan ke Eropah dan Amerika Utara pada Jun dan Julai dirancang mencecah 55,000 yen (kira-kira AS$346) bagi ANA, meningkat 23,100 yen berbanding April dan Mei, manakala JAL dijangka menaikkan surcaj sebanyak 21,000 yen kepada 50,000 yen, lapor Kyodo News pada Rabu.

Bagi penerbangan ke China, surcaj ANA dijangka meningkat sebanyak 4,900 yen kepada 14,300 yen, manakala surcaj JAL akan meningkat 5,000 yen kepada 12,400 yen.

Surcaj bagi penerbangan ke Korea Selatan dan Rusia berkemungkinan meningkat dua kali ganda bagi kedua-dua syarikat daripada sekitar 3,000 yen, sekali gus mencatat paras tertinggi di bawah sistem penetapan harga semasa.

Langkah itu dijangka menjejaskan cuti musim panas dan melemahkan permintaan perjalanan, menurut laporan itu.

Syarikat penerbangan berkenaan menyemak surcaj setiap dua bulan bagi menangani turun naik harga bahan api dan kadar pertukaran mata wang, dengan harga pada Februari dan Mac diambil kira dalam surcaj bagi Jun dan Julai. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Syarikat penerbangan China naikkan surcaj bahan api laluan domestik
Next: SHInE 2026 perkasa Sarawak sebagai hab inovasi dan penyelidikan global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.