Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Syarikat penerbangan China naikkan surcaj bahan api laluan domestik
  • GLOBAL

Syarikat penerbangan China naikkan surcaj bahan api laluan domestik

Utusan Sarawak 8 hours ago
KOS penerbangan domestik China meningkat susulan kenaikan surcaj bahan api.

BEIJING: Syarikat penerbangan utama China, termasuk Air China dan China Southern Airlines, mengumumkan pada Rabu  bahawa surcaj bahan api bagi laluan domestik akan dinaikkan bermula 5 April ini, lapor Xinhua.

Bagi laluan sejauh 800 kilometer (km) atau kurang, surcaj bahan api ditetapkan pada 60 yuan (kira-kira AS$8.69), manakala bagi laluan melebihi 800 km, surcaj berkenaan akan dinaikkan kepada 120 yuan bagi setiap segmen penerbangan.

Bagi tiket laluan domestik yang dijual pada atau sebelum 4 April, sekiranya pindaan dibuat pada atau selepas 5 April, tiada perbezaan harga akan dikenakan berdasarkan piawaian baharu itu.

Syarikat penerbangan China pada masa ini mengenakan surcaj bahan api sebanyak 10 yuan bagi laluan domestik sejauh 800 km atau kurang, dan 20 yuan bagi laluan melebihi 800 km. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Gempa 7.4 magnitud di laut Indonesia picu amaran tsunami
Next: Syarikat penerbangan Jepun naikkan surcaj bahan api penerbangan antarabangsa mulai Jun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.