Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Syarikat korporat, NGO terus hulur sumbangan
  • NASIONAL

Syarikat korporat, NGO terus hulur sumbangan

Utusan Sarawak 5 years ago

GEORGE TOWN, 2 April -- Ahli Jawantkuasa Kelab Media Mutiara Pulau Pinang (Mutiara), Mohd Fairus Azmi (kanan) dan Ahli Jawatankuasa Mutiara, Dewi Nur Harasha Alias (tiga, kanan) bersama ahli-ahli memerhatikan sumbangan berbentuk alat perlindungan diri seperti penutup mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman yang disampaikan oleh badan kebajikan One Hope Charity kepada media berdepan risiko COVID-19 ketika menjalankan tugas. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua susulan penularan wabak pandemik Covid-19, menyaksikan pelbagai pihak sama ada badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun   orang perseorangan terus   tampil menghulurkan sumbangan.

Selain golongan terjejas, bantuan turut dihulurkan   kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus ‘bermandi peluh’ mencurah masa dan tenaga bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19, yang boleh membawa maut.

Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi tanggungjawab sosialnya menyerahkan sumbangan RM120,000, antaranya bagi membantu membiayai kos alat-alat kelengkapan perubatan, ubat-ubatan dan bahan pakai buang.

Ketua Eksekutif BSN Datuk Yunos Abd Ghani dalam kenyataan   berkata, pihaknya berharap bantuan itu   sedikit sebanyak membantu wira-wira negara yang bertugas demi keselamatan negara.  

Selain itu, sejuta unit penutup mulut dan hidung   serta 100,000 unit penutup mulut dan hidung N95 disumbangkan syarikat Country Garden antaranya kepada Hospital Kuala Lumpur dan kerajaan negeri Johor yang diterima Menteri Besarnya Datuk Hasni Mohammad.

Menurut Naib Presiden Country Garden Rantau Malaysia-Singapura Syarul Izam menerusi satu kenyataan, bekalan penutup mulut dan hidung juga akan diedarkan kepada institusi   dan organisasi lain yang memerlukan secara berperingkat.  

Syarikat berkaitan kerajaan negeri, Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) pula menyumbang RM1 juta kepada Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu.

“Selain derma kepada Tabung Covid-19 negeri, Terengganu Inc juga turut mengagihkan bekalan makanan bernilai RM12,000 kepada 140 keluarga yang terjejas di seluruh Terengganu melalui Majlis Belia Negeri Terengganu sepanjang tempoh PKP ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.

Sementara itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia (MMAF) dengan kerjasama platform beli-belah dalam talian Shopee, melancarkan dana amal kebangsaan ‘Shopee MMA Covid-19 Fund’ semalam untuk kakitangan penjagaan kesihatan yang sedang bertungkus lumus menangani pandemik Covid-19.

MMA dalam satu kenyataan berkata, dana itu boleh diakses di   laman kedai digital MMA dan MMAF di Shopee, menerusi www.shopee.com.my/m/shopeemmacovid19fund.

Derma RM5 dan ke atas boleh dibuat menerusi aplikasi berkenaan. Untuk setiap RM1 yang didermakan, Shopee juga akan melakukan padanan dengan menderma RM1 lagi ke tabung berkenaan, manakala sumbangan RM100 ke atas akan menerima resit pengecualian cukai.

Tidak ketinggalan, sebagai usaha membantu golongan peniaga dan usahawan kecil, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) turut melancarkan kempen Tabung IKHLAS Covid-19 dengan sasaran   memanfaatkan 30,000   keluarga. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) turut menyumbangkan 1,150 unit pelindung muka ‘UTeMShield’, dua unit kotak intubasi dan 2,000 pasang sarung tangan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, kata   Naib Canselor UTeM   Profesor Datuk Dr Raha Abdul Rahim. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Bukit Aman pastikan arahan PKP dipertingkat
Next: Kes sembuh meningkat bukan isyarat ‘lampu hijau’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.