Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Syarikat kenderaan perdagangan diminta daftar SKPS segera untuk nikmati subsidi RON95
  • NASIONAL

Syarikat kenderaan perdagangan diminta daftar SKPS segera untuk nikmati subsidi RON95

Utusan Sarawak 5 days ago
FOTO: Kementerian Pedagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN)

PENAMPANG: Syarikat kenderaan perdagangan diminta untuk mendaftar Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dengan segera untuk menikmati subsidi RON95.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata syarikat terlibat disarankan agar mendaftar awal bagi membolehkan syarikat memperoleh manfaat subsidi sebaik sahaja tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 diumumkan.

Beliau berkata gesaan itu dibuat berikutan bilangan syarikat mendaftar SKPS masih rendah, iaitu daripada 4,647 kenderaan perdagangan yang dianggarkan layak, hanya 89 kenderaan perdagangan di Sabah dan enam di Sarawak telah membuat pendaftaran SKPS.

“Jangan tunggu saat akhir, kalau kita melihat dari segi proses, mendaftar dan memohon SKPS itu mudah. Kita merasakan kalau mereka daftar sekarang, KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) boleh luluskan satu hari, bahkan satu jam pun boleh jika dokumen lengkap.

“Tetapi, proses yang selanjutnya apabila mendapat notifikasi kelulusan, mereka kena memohon fleet card daripada syarikat-syarikat minyak pilihan. Jadi, perkara ini yang akan ambil masa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Sabah di sini hari ini.

Konvensyen sehari itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hari ini, KPDN memaklumkan jumlah kumulatif permohonan SKPS dari 15 September hingga semalam adalah sebanyak 1,790 syarikat. Sebanyak 164 syarikat membabitkan 249 kenderaan melengkapkan pendaftaran SKPS setakat semalam.

Kementerian itu menganggarkan sekitar 100,000 kenderaan syarikat pengangkutan darat awam dan barangan di seluruh negara layak mendaftar menerusi SKPS bagi menikmati subsidi petrol RON95.

Armizan menjelaskan langkah penyasaran subsidi petrol akan dilaksanakan di seluruh negara, dan berbeza dengan penyasaran subsidi diesel yang hanya dilaksanakan di Semenanjung dan subsidi itu dikekalkan di Sabah serta Sarawak.

“Mungkin ada yang tidak jelas. Kemungkinan mereka merasakan sebagaimana diesel, untuk penyasaran subsidi petrol ini tidak terlibat untuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Menurut beliau, subsidi petrol ini bukan sahaja memanfaatkan syarikat-syarikat berkenaan, tetapi juga melindungi rakyat daripada kesan pergerakan harga petrol apabila subsidi tidak diberikan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia bakal miliki tapak pelancar roket pertama Asia Tenggara menjelang 2029
Next: Fatimah Abdullah adakan pertemuan dengan PWDC, kukuh jalinan pemerkasaan wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.