Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Syarikat bot penumpang boleh mohon SKPS mulai esok – Fauziah
  • NASIONAL

Syarikat bot penumpang boleh mohon SKPS mulai esok – Fauziah

Utusan Sarawak 1 day ago

TIMBALAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh bercakap pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Permohonan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) bagi syarikat bot penumpang dibuka mulai esok, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh.

Beliau berkata buat masa ini, mekanisme penyaluran subsidi RON95 untuk syarikat bot penumpang diberikan secara bayaran balik tunai, sebelum kaedah penyaluran subsidi dan penetapan kuota kepada sektor itu dimuktamadkan akhir bulan ini.

“Pendaftaran SKPS telah dibuka dari 15 September hingga 7 Oktober lepas dengan 11,297 syarikat membabitkan 22,918 kenderaan telah berdaftar manakala pendaftaran bagi syarikat bot penumpang pula akan dibuat mulai esok, 9 Oktober,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berhubung sistem yang diguna pakai di stesen minyak seluruh negara dan langkah bagi melengkapkan perkhidmatan di stesen minyak selaras pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95.

Berkenaan dengan pembangunan sistem kawalan petrol bersubsidi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah berkata sistem itu bertujuan untuk menerima permohonaan syarikat kenderaan perdagangan awam dan darat serta bot penumpang, mengesahkan kelayakan dan meluluskan permohonan serta kuota.

“Sistem ini dibangunkan dengan kos RM492,900 manakala sistem penyaluran subsidi menerusi BUDI95 (Program Budi MADANI RON95) untuk individu adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan (MOF),” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) berhubung kes gangguan sistem bagi pelaksanaan BUDI95, Fuziah berkata secara umumnya tiada masalah besar yang dikesan berlaku sepanjang pelaksanaan program itu dan sehingga kini hanya 34 aduan yang dikesan melibatkan isu gangguan sistem atau glic dan system down di stesen petrol.

Beliau berkata bagi kes gangguan sistem yang dilaporkan, pihak stesen minyak membuat bayaran balik bagi harga subsidi kepada pengguna yang terkesan.

“Bagi insiden system down, pengguna boleh ke kaunter dan menggunakan terminal SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang digunakan untuk semakan kad pengenalan ke sistem MOF,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Struktur baharu akaun KWSP masih dalam kajian – Timbalan Menteri Kewangan
Next: KPM alu-alukan kajian semula elaun pengetua, guru besar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.