Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Syarikat bersekutu Gamuda menang kontrak pembangunan lebuh raya bernilai RM1.13 bilion di Limbang
  • BISNES

Syarikat bersekutu Gamuda menang kontrak pembangunan lebuh raya bernilai RM1.13 bilion di Limbang

Utusan Sarawak 15 hours ago

Naim Gamuda (Naga) JV Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: Syarikat bersekutu Gamuda Bhd, Naim Gamuda (Naga) JV Sdn Bhd memperoleh kontrak daripada Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) bagi cadangan pembangunan lebuh raya di Limbang, Sarawak bernilai RM1.13 bilion.

Naga dimiliki sebanyak 30 peratus oleh Gamuda manakala baki 70 peratus dimiliki oleh Naim Engineering Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh Naim Holdings Bhd.

Syarikat pembinaan berkenaan dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, kontrak dari RECODA iaitu sebuah agensi kerajaan negeri Sarawak melibatkan cadangan pembangunan Lebuh Raya Pantai Utara, Pakej Kerja Limbang Seksyen 1.

“Pakej ini merangkumi pembinaan kira-kira 14.7 kilometer lebuh raya berkembar empat lorong di kawasan Limbang termasuk jambatan, jejambat, kerja tanah dan kerja-kerja berkaitan yang lain,” katanya.

Gamuda berkata, projek ini akan mengambil masa sehingga 48 bulan dari tarikh pengambilan tapak.

“Projek berkenaan akan mengukuhkan hubungan dua hala dari segi perdagangan serta pelaburan antara Sarawak, Sabah dan Brunei selain akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi di wilayah utara Sarawak.

“Ia dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan dan pendapatan Gamuda bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2026 dan seterusnya sehingga projek ini disiapkan,” katanya. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Untung bersih Petronas dagangan suku kedua susut kepada RM265.5 juta susulan margin lemah
Next: Affin-CGC meterai MoU RM500 juta, perkasa perusahaan negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.