Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Syarikat AS sahkan sambung semula pencarian pesawat MH370
  • SEMASA

Syarikat AS sahkan sambung semula pencarian pesawat MH370

Utusan Sarawak 6 hours ago
FIRMA penyelidikan Amerika Syarikat, Ocean Infinity pada Jumaat mengesahkan bahawa ia menyambung semula pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 2014.

MOSCOW: Firma penyelidikan Amerika Syarikat, Ocean Infinity pada Jumaat mengesahkan bahawa ia menyambung semula pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 2014, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Dengan sokongan kerajaan Malaysia, syarikat berkenaan memulakan semula usaha mencari pesawat MH370 yang hilang, menurut seorang wakil Ocean Infinity.

Wakil itu memaklumkan bahawa memandangkan sensitiviti operasi berkenaan, semua perkembangan rasmi akan dimaklumkan oleh kerajaan Malaysia.

Sebuah kapal khusus Ocean Infinity sedang dalam perjalanan ke pantai barat Australia bagi meneruskan operasi pencarian, berdasarkan analisis data penjejakan maritim.

Kapal sepanjang 86 meter, Armada 86 05 yang berdaftar di Singapura, berlepas dari kawasan berhampiran pelabuhan Kwinana pada 23 Disember dan kini menuju ke selatan Lautan Hindi, lokasi pencarian pesawat yang hilang itu sebelum ini.

Kapal berkenaan berfungsi sebagai platform pelancaran kenderaan bawah air autonomi yang berkeupayaan memetakan dasar laut dalam.

Fasa pencarian aktif dijadual bermula pada 30 Disember.

Pada Mac lalu, pihak berkuasa Malaysia bersetuju dengan Ocean Infinity untuk melaksanakan usaha baharu bagi mengesan pesawat MH370.

Pada April, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memaklumkan bahawa Ocean Infinity menangguhkan pencarian susulan musim semasa yang tidak sesuai.

Pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines yang mengendalikan penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada radar pada awal pagi 8 Mac 2014. 

Pesawat itu dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi.

Bagaimanapun, operasi pencarian sebelum ini gagal menentukan lokasi sebenar nahas. 

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: KPDN Sarawak siasat aduan tular petrol RON95 disyaki bercampur diesel, air
Next: Jumlah jam kerja mingguan kategori waktu bukan pejabat dikurangkan 1 jam menjadi 45 jam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.