Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Syarikat analitik tempatan digesa bantu Sarawak dalam insiatif pengeluaran hidrogen
  • TEMPATAN

Syarikat analitik tempatan digesa bantu Sarawak dalam insiatif pengeluaran hidrogen

Utusan Sarawak 8 hours ago
ABANG Johari menyempurnakan pelancaran ‘Prospectus of Insights Analytics’. Foto JAPEN Sarawak

KUCHING: Syarikat-syarikat analitik tempatan digesa membantu kerajaan Sarawak dalam inisiatif pengeluaran hidrogen bagi menyokong transformasi tenaga hijau untuk sektor pengangkutan awam.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kepakaran syarikat-syarikat terbabit dapat membantu hala tuju pembangunan negeri itu ke arah masa depan lebih mampan.

“Syarikat tempatan seperti Insights Analytics Bhd (IAB), mempunyai latar belakang dalam perniagaan berkaitan air dan di kedudukan strategik untuk meneroka teknologi penghasilan hidrogen, sumber tenaga masa depan yang bersih dan mampan.

“Saya yakin syarikat ini boleh meneroka peluang menghasilkan hidrogen untuk kegunaan pengangkutan awam kita,” katanya pada majlis pelancaran prospektus tawaran awam permulaan (IPO) IAB di sini, hari ini.

Abang Johari juga optimis IAB yang juga penyedia penyelesaian teknologi berpangkalan di Sarawak, mengetengahkan prospektus yang menggariskan hala tuju serta penyertaan syarikat itu bagi pasaran lebih luas.

Pada masa sama, beliau menekankan elemen paling penting adalah penggunaan teknologi bagi memaksimumkan potensi pasaran selain kemampuan menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi semasa.

Sementara itu, AIB menyasarkan untuk mengumpulkan sebanyak RM43.6 juta menerusi IPO di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.

Pengarah Urusannya, Frank Wee berkata daripada jumlah itu, sejumlah RM22.2 juta atau 50.9 peratus akan dimanfaatkan sebagai modal kerja bagi projek yang sedang dijalankan dan di masa depan, khususnya dalam sektor pengurusan air pintar dan inisiatif pembangunan bandar pintar di Sarawak.

“Ini dijangka meningkatkan kedudukan kecairan dan aliran tunai syarikat seiring dengan pertumbuhan perniagaan,” katanya.

-BERNAMA 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Belanjawan: Abang Johari harap pembangunan infrastruktur, sosial Sarawak dapat tumpuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.