Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Syafiq Kyle terharu sambutan luar biasa peminat Sarawak
  • HIBURAN

Syafiq Kyle terharu sambutan luar biasa peminat Sarawak

Utusan Sarawak 16 hours ago
SYAFIQ Kyle berswafoto bersama peminat yang membanjiri lokasi acara di Sarawak.Screenshot

KUCHING: Pelakon terkenal, Syafiq Kyle atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, mengakui terharu dengan sambutan luar biasa yang diberikan peminat di Sarawak setiap kali beliau hadir ke negeri ini.

Menurutnya, kunjungannya ke Sarawak setakat ini lebih tertumpu kepada urusan kerja dan acara, namun setiap kali hadir, beliau sentiasa disambut dengan sokongan yang amat menggalakkan.

SYAFIQ Kyle meluangkan masa menyantuni peminat dalam suasana meriah.

“Saya rasa ini kali kedua atau ketiga saya datang ke Sarawak, dan setiap kali datang mesti ada acara. Saya belum pernah bercuti di sini, tapi yang saya nampak, orang Sarawak memang sangat menyokong.

“Bila ada event, mereka akan datang ramai-ramai dan beri sokongan secara natural. Mereka bukan sekadar hadir, tapi turut sama bersuara, menjerit dan memeriahkan suasana,” katanya.

SYAFIQ Kyle bergambar bersama peminat yang hadir memberikan sokongan luar biasa.

Tambah beliau, suasana yang ditampilkan peminat di Sarawak dan Sabah memberikan ‘vibe’ yang sukar diperoleh di Semenanjung.

“Terharu sebab agak susah nak dapatkan peminat seramai dan sehidup ini di Semenanjung, mungkin kerana kehidupan di sana lebih sibuk seperti di Kuala Lumpur.

SYAFIQ Kyle merakam kenangan bersama peminat yang memenuhi kawasan acara di Sarawak.

“Tapi setiap kali ada acara di Sabah atau Sarawak, saya memang akan datang kerana sambutan yang diberikan sangat luar biasa,” ujarnya.

Pelakon yang dikenali menerusi pelbagai karya popular seperti drama Blood Brothers, One Cent Thief serta filem Sheriffitu turut membina nama sebagai antara bakat utama industri hiburan tempatan.

Oleh Shahrul Qaizat & Masrin Affirah

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: 225 permohonan diterima untuk laksana bengkel komuniti filem, industri kreatif – TEO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.