Switzerland menewaskan Algeria 2-0 untuk mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia

Facebook
WhatsApp
PEMAIN Switzerland memberikan tepukan kepada para penyokong selepas kemenangan 2-0 dalam perlawanan pusingan 32 terakhir Piala Dunia FIFA 2026 antara Switzerland dan Algeria di BC Place, Vancouver, pada 2 Julai 2026 di Vancouver, British Columbia. Foto AFP

VANCOUVER, Kanada: Switzerland melangkah ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia selepas menewaskan Algeria 2-0 dalam perlawanan yang terkawal sebentar tadi.

Switzerland akan berdepan pemenang perlawanan antara Colombia dan Ghana pada 9.30 pagi esok (waktu Malaysia).

Pemain lincah Johan Manzambi mencipta gol pertama di Vancouver apabila melakukan larian dari sayap kiri sebelum melakukan hantaran lintang yang disempurnakan oleh Breel Embolo.

IBRAHIM Maza #22 dari Algeria diasak oleh Manuel Akanji #5 dari Switzerland ketika perlawanan pusingan 32 terakhir Piala Dunia FIFA 2026 antara Switzerland dan Algeria di BC Place, Vancouver, pada 2 Julai 2026 di Vancouver, British Columbia. Foto AFP

Dan Ndoye kemudian meledak gol kedua apabila merembat melepasi kelompok pemain, manakala penjaga gol Algeria, Luca Zidane, gagal menampan bola dengan kemas pada malam yang mengecewakan buat pasukan Afrika Utara itu.

Algeria menyertai Côte d’Ivoire, Republik Demokratik Congo dan Senegal sebagai pasukan Afrika yang tersingkir setakat ini pada peringkat pusingan 32 terakhir. Hanya Maghribi berjaya mara. – AFP