Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Switzerland buka semula kedutaan di Iraq selepas 33 tahun
  • GLOBAL

Switzerland buka semula kedutaan di Iraq selepas 33 tahun

Utusan Sarawak 9 months ago

BAGHDAD: Switzerland membuka semula kedutaannya di Baghdad semalam, selepas 33 tahun ditutup ekoran Perang Teluk, lapor Xinhua.

Kementerian Luar Iraq dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pembukaan semula kedutaan Switzerland ini adalah sebahagian daripada usaha mengukuhkan hubungan dua hala antara Iraq dan Switzerland serta mencerminkan hasrat kedua-dua negara bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Kementerian itu turut berharap dapat mengukuhkan perkongsian dan dialog dua hala dengan Switzerland, sambil menyatakan bahawa pihaknya sedang berusaha mewujudkan keadaan yang sesuai bagi mengembangkan kerjasama dua hala.

Kementerian Luar Switzerland menyebut situasi keselamatan yang bertambah baik sebagai faktor utama pembukaan semula kedutaan mereka di Iraq, menurut laporan media Switzerland, SWI swissinfo.ch.

Switzerland menutup kedutaannya di Iraq akibat Perang Teluk 1991, yang dilancarkan bagi mengusir pasukan Saddam Hussein dari Kuwait. – Bernama – Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: BDDA adakan lawatan sambil belajar ke Bangkok
Next: Sarawak berpotensi untuk penanaman kelapa aromatik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.