Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Swinburne Sarawak perkenal program Ijazah Sarjana Muda Kecerdasan Buatan pertama
  • PENDIDIKAN

Swinburne Sarawak perkenal program Ijazah Sarjana Muda Kecerdasan Buatan pertama

Utusan Sarawak 6 hours ago
JELASKAN… Profesor Lau Hieng Ho dan Datuk Amar Jaul Samion ketika sidang media Pembangunan Masa Hadapan Universiti Teknologi Swinburne Sarawak di kampus berkenaan, hari ini.

KUCHING: Universiti Teknologi Swinburne Sarawak bakal menjadi universiti pertama di negeri ini yang memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Kecerdasan Buatan, sejajar dengan keperluan tenaga kerja masa hadapan serta strategi pembangunan negeri di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Datuk Amar Jaul Samion, berkata program itu merupakan antara empat program baharu yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi baharu serta memenuhi keperluan industri.

“Selain Ijazah Sarjana Muda Kecerdasan Buatan, tiga lagi program baharu ialah Diploma Lepasan Ijazah Pendidikan, laluan baharu ke kampus Melbourne melalui Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Dalaman (Kepujian) serta Foundation Plus, iaitu program asas generik dengan komponen Bahasa Inggeris,” katanya.

UNIVERISITI Teknologi Swinburne Sarawak.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pembangunan Masa Hadapan Universiti Teknologi Swinburne Sarawak di kampus berkenaan, di sini, hari ini.

Menurutnya, pengenalan Diploma Lepasan Ijazah Pendidikan juga bertujuan membantu menangani kekurangan tenaga pengajar di negeri ini serta memperkukuh pembangunan modal insan.

Sementara itu, program Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Dalaman (Kepujian) menawarkan laluan unik kepada pelajar untuk melengkapkan dua tahun pengajian di Kuching sebelum meneruskan baki pengajian di Swinburne Melbourne.

“Program Foundation Plus, yang mengambil tempoh satu setengah tahun, turut memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran Bahasa Inggeris dan kesiapsiagaan pelajar sebelum memasuki pengajian tinggi,” jelasnya.

Tambah Jaul, langkah memperkenalkan program-program baharu itu merupakan usaha berterusan pihak universiti untuk kekal relevan serta sejajar dengan agenda inovasi dan pendidikan Sarawak.

Sementara itu, Pro-Naib Canselor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Sarawak, Profesor Lau Hieng Ho, berkata pelaksanaan program baharu berkenaan akan dijalankan secara berperingkat sepanjang tahun depan.

“Diploma Lepasan Ijazah Pendidikan dan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Dalaman (Kepujian) akan dilancarkan pada separuh pertama tahun depan, manakala Ijazah Sarjana Muda Kecerdasan Buatan dan Foundation Plus (Bahasa Inggeris) dijangka dimulakan pada separuh kedua tahun,” katanya.

Mengulas mengenai Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) kerajaan negeri yang akan dilaksanakan mulai tahun depan, Jaul menegaskan Swinburne Sarawak bersedia menerima peningkatan jumlah permohonan pelajar di bawah skim berkenaan.

“Perincian telah dibincangkan bagi menentukan kursus atau bidang pengajian yang akan diliputi di bawah skim FTES, dan pihak universiti kini sedang membuat persediaan bagi menampung pengambilan pelajar yang lebih tinggi,” ujarnya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pelajar teruja ikuti program TVET, berjaya ubah persepsi konon pilihan kedua
Next: Graduan digalak manfaatkan ilmu sumbang transformasi Sarawak – Uggah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.