Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Sweat4Strays: Cabaran 30 hari demi kucing jalanan di Kuching
  • KESIHATAN

Sweat4Strays: Cabaran 30 hari demi kucing jalanan di Kuching

Utusan Sarawak 1 day ago
KEMPEN…..Sweat4Strays, satu cabaran kecergasan selama 30 hari yang bertujuan mengumpul dana bagi membantu kucing jalanan di sekitar bandar yang berlangsung dari 1 hingga 30 September ini. Foto Yayasan Pawsitive Vibes

KUCHING: Yayasan Pawsitive Vibes mengajak orang ramai menyertai kempen Sweat4Strays, satu cabaran kecergasan selama 30 hari yang bertujuan mengumpul dana bagi membantu kucing jalanan di sekitar bandar ini.

Kempen yang berlangsung dari 1 hingga 30 September itu memberi peluang kepada peserta memilih aktiviti fizikal harian mengikut kesesuaian masing-masing seperti berlari sejauh 5 kilometer (km), berjalan 10,000 langkah, berbasikal sejauh 10 km atau melakukan 100 tekan tubi setiap hari.

Menurut jurucakap yayasan, Sweat4Strays bukan sahaja menekankan aspek kesihatan dan kecergasan malah membawa misi yang lebih bermakna dalam usaha menyelamatkan haiwan terbiar.

“Kempen ini bukan sekadar tentang kecergasan tetapi tentang tujuan. Setiap titisan peluh membantu menyediakan makanan, rawatan perubatan dan peluang hidup yang lebih baik untuk kucing jalanan di Kuching,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

KEMPEN…..Sweat4Strays, satu cabaran kecergasan selama 30 hari yang bertujuan mengumpul dana bagi membantu kucing jalanan di sekitar bandar yang berlangsung dari 1 hingga 30 September ini. Foto Yayasan Pawsitive Vibes

Menariknya, salah seorang pengasas Yayasan Pawsitive Vibes, Greg Larcombe turut menyahut cabaran tersebut dengan mendaki Gunung Santubong setiap hari sepanjang tempoh 30 hari kempen berlangsung.

“Mulai 1 September hingga 30 September, saya akan mendaki Gunung Santubong setiap hari antara laluan pendakian harian paling mencabar di Sarawak.

“Namun semua kepayahan itu berbaloi demi membantu kucing-kucing jalanan yang memerlukan,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menyertai kempen ini hanya perlu mendaftar menerusi borang rasmi dan membuat bayaran deposit RM50 yang akan dikreditkan ke dalam jumlah kutipan tajaan. 

Peserta kemudiannya akan menerima borang dan bahan tajaan untuk memulakan cabaran.

Peserta turut digalakkan mendapatkan tajaan daripada keluarga, rakan dan kenalan bagi menyelesaikan aktiviti fizikal harian sepanjang September serta berkongsi perjalanan mereka di media sosial untuk memberi inspirasi kepada masyarakat.

Dana yang dikumpul akan digunakan sepenuhnya untuk usaha menyelamat dan merawat kucing jalanan termasuk program pengkebirian, pemberian makanan, rawatan perubatan dan pencarian keluarga angkat.

Jurucakap yayasan berkata kucing jalanan di Kuching terus berdepan pelbagai cabaran seperti penyakit, kekurangan zat makanan, kecederaan serta pengabaian.

“Apabila menyertai Sweat4Strays, anda bukan sahaja mencabar diri sendiri secara fizikal tetapi juga menjadi penyambung harapan kepada haiwan-haiwan yang tidak bersuara dan memerlukan peluang kedua,” tambahnya.

KEMPEN…..Sweat4Strays, satu cabaran kecergasan selama 30 hari yang bertujuan mengumpul dana bagi membantu kucing jalanan di sekitar bandar yang berlangsung dari 1 hingga 30 September ini. Foto Yayasan Pawsitive Vibes

Orang awam yang berminat dinasihatkan untuk mendaftar sebelum 31 Ogos bagi menjamin tempat. Deposit RM50 akan dianggap telah dilangsaikan sekiranya peserta berjaya mengumpul tajaan sebanyak jumlah tersebut.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan rasmi https://pawsitivevibesborneo.com/sweat4strays/, manakala borang tajaan boleh didapati di https://pawsitivevibesborneo.com/30-summits-for-strays/.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Greg di talian 019-7246725.

Sweat4Strays bukan sekadar satu cabaran fizikal, malah sebuah usaha kemanusiaan yang memberi makna kepada setiap langkah dan peluh yang dicurahkan demi kesejahteraan haiwan jalanan di Kuching.

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Keluarga, komuniti setempat tonggak bendung gejala dadah – ADUN Jepak
Next: PCV20 diluluskan KKM, lindungi individu seawal 6 minggu hingga warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.