Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • S’wak rancang bina kilang pemasangan kenderaan
  • BISNES

S’wak rancang bina kilang pemasangan kenderaan

Utusan Sarawak 3 years ago

YB Dr. Hadzland Abg Hipni melawat pameran dalam Majlis International Comference On Clean Energy bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. • Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Kerajaan Sarawak dalam perancangan untuk membina kilang pemasangan kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV) di Kuching.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Tenaga Bersih (ICCE) 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan kenderaan FCEV itu dijual pada harga mampu milik dan menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV).

“Kita juga akan ada kilang pemasangan kereta hidrogen di Kuching…dan syarikat dari mana saya tidak boleh beritahu dahulu..akan datang.  Jadi harganya akan berpatutan apabila kita pasang di sini (Kuching).

“Jika kita membeli dari luar, sudah tentu harganya sangat mahal kerana cukai yang tinggi,” katanya.

Dr Hazland berkata, kenderaan elektrik seperti Hyundai dan Nissan boleh mencecah harga RM130,000 hingga RM140,000 setiap satu manakala untuk Tesla pula sekurang-kurangnya RM300,000.

“Kalau kita pasang kereta di sini di Sarawak sudah tentu ia murah daripada kita import kereta hydrogen,” katanya.

Ketika ditanya mengenai butiran lanjut mengenai kilang pemasangan kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV), Dr Hazland mengatakan ia tidak jauh dari BCCK.

“Pengumuman rasmi akan dibuat oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kelak,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan persekutuan mesti melakukan sesuatu untuk menggalakkan penggunaan kereta elektrik di negara ini dengan melaksanakan dasar seperti memansuhkan duti import ke atas EV dan menukar kenderaan tempatan kepada EV.

Di Norway katanya, 75 peratus rakyatnya memandu EV kerana kerajaan Norway memansuhkan cukai import ke atas EV dan memperkenalkan diskaun cukai pendapatan bagi pemandu EV.

“Jadi, Malaysia juga harus berbuat demikian, bukannya Sarawak kerana ia adalah undang-undang persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan.

“Mereka perlu melakukan dua perkara iaitu pertamanya tiada duti import ke atas kenderaan elektrik dan yang keduanya kereta tempatan kita mesti ditukar kepada kenderaan elektrik dalam dua atau tiga tahun dari sekarang,” katanya lagi.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga akan mengimport lebih banyak EV untuk kegunaan ahli kabinetnya.

“Kita sudah ada bas hidrogen dan Premier Sarawak juga memandu kereta hidrogen dari Hyundai. Kita juga akan import banyak lagi kereta hidrogen untuk kegunaan kabinet dan kerajaan dan kita akan tukar,” katanya.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Hasilkan produk sawit libatkan FDI RM6 bilion
Next: Jumlah perdagangan Sarawak naik 27.8 peratus kepada RM150.9 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.