Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Susun atur program kebajikan, keagamaan jadi fokus mesyuarat LAKIS Saratok 2026
  • WILAYAH

Susun atur program kebajikan, keagamaan jadi fokus mesyuarat LAKIS Saratok 2026

Utusan Sarawak 11 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri menghadiri mesyuarat Mesyuarat Ahli Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok yang dipengerusikan oleh Pengerusi LAKIS, Datuk Abdul Wahab Aziz. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Susun atur program dan aktiviti kebajikan serta keagamaan bagi tahun ini menjadi fokus utama Mesyuarat Ahli Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok (LAKIS) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat LAKIS, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, perancangan awal yang tersusun penting bagi memastikan setiap program yang dilaksanakan memberi impak berterusan kepada masyarakat Islam khususnya di DUN Kalaka dan Daerah Saratok secara amnya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan oleh Pengerusi LAKIS, Datuk Abdul Wahab Aziz, dengan kehadiran barisan ahli lembaga serta wakil kepimpinan masyarakat setempat.

Menurut beliau, antara fokus utama mesyuarat kali ini ialah membuat penilaian terhadap program-program yang telah dilaksanakan sepanjang 2025, di samping merangka serta menyusun atur program dan aktiviti yang lebih berkesan untuk dilaksanakan pada tahun ini.

Antara cadangan program bagi 2026 termasuk sambutan bulan Ramadan, Majlis Nuzul al-Quran, sambutan Aidilfitri serta sambutan Hari Raya Aidiladha, selain beberapa program yang akan dilaksanakan secara kolaborasi bersama Pusat Khidmat ADUN Kalaka.

Tambah beliau, mesyuarat turut membincangkan penganjuran program berbentuk kemasyarakatan dan keagamaan yang lebih menarik seperti pertandingan Pintu Gerbang sempena Aidilfitri serta Sambutan Maulidurrasul bagi memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk.

Selain itu, aspek pendidikan turut diberi perhatian apabila beberapa program sokongan pembelajaran dicadangkan, termasuk kelas tuisyen khas bagi membantu pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Mohamad Duri menegaskan bahawa LAKIS dan Pusat Khidmat ADUN Kalaka akan terus bekerjasama rapat bagi menjayakan program-program keagamaan yang telah dirancang demi manfaat masyarakat.

“Saya selaku ADUN Kalaka menyokong sepenuhnya setiap aktiviti yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat Islam di kawasan ini dan Daerah Saratok secara keseluruhannya,” katanya.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pemanca Sahari Gani, Ustaz Kanil Ali Hassan, Penghulu Madi Bujang, Penghulu Rajali Bujang serta ahli-ahli LAKIS.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemantauan kawasan berisiko banjir di Saratok terkawal
Next: Sembilan organisasi di Kabong terima geran khas berjumlah RM70,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.