Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Susulan runtuhan: Bangunan akan diroboh jika tidak selamat
  • Tengah
  • WILAYAH

Susulan runtuhan: Bangunan akan diroboh jika tidak selamat

Utusan Sarawak 3 hours ago
SIDANG MEDIA… Tiang pada sidang media selepas mesyuarat berhubung insiden terbabit di Pejabat MPS, petang tadi. Turut kelihatan, Ting.

SIBU: Aspek keselamatan awam menjadi keutamaan susulan kejadian runtuhan sebuah blok bangunan yang menempatkan lapan unit kedai di Jalan Pahlawan awal pagi tadi, dengan kawasan sekitarnya kini ditutup sepenuhnya sehingga dimaklumkan kelak.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee menegaskan keadaan struktur bangunan masih belum stabil dan sebarang akses ke kawasan tersebut adalah tidak dibenarkan buat masa ini.

“Kita faham ada kepentingan perniagaan dan barangan berharga yang masih berada di dalam bangunan. Namun, keselamatan adalah keutamaan nombor satu, kita tidak boleh mengambil risiko,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat berhubung insiden terbabit di Pejabat Majlis Perbandaran Sibu (MPS), petang tadi.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian dan video yang tular, struktur bangunan jelas tidak stabil dan masih berpotensi bergerak.

“Pagi tadi kita masih mendengar bunyi retakan pada sisa runtuhan. Ini menunjukkan struktur belum benar-benar selamat,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, laluan di kawasan sekitar telah ditutup termasuk kepada kenderaan berat bagi memastikan tiada orang awam menghampiri zon bahaya. 

“Tindakan ini diakui menimbulkan kesulitan kepada pengusaha premis berhampiran termasuk sebuah restoran di sebelah bangunan berkenaan.

“Kita tahu ini menyusahkan peniaga dan penyewa, tetapi kita amat bersyukur kerana ketika runtuhan berlaku awal pagi tadi, tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Ini sesuatu yang patut kita syukuri,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu turut memaklumkan mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 23 Februari ini bagi meneliti laporan teknikal yang akan dikemukakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) serta pandangan pakar berkaitan.

Mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan, orang berkelayakan yang mengemukakan pelan asal perlu mengenal pasti serta melaporkan punca kegagalan struktur dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kejadian.

“Kita dimaklumkan orang berkelayakan asal telah hadir dalam mesyuarat hari ini dan akan mengemukakan laporan lanjut dalam tempoh ditetapkan atau membentangkannya pada mesyuarat akan datang,” jelasnya.

Tambahnya, sekiranya siasatan mendapati bangunan itu tidak lagi selamat dari segi struktur, pihak berkuasa akan mengisytiharkannya sebagai bangunan berbahaya dan seterusnya mengarahkan kerja-kerja perobohan dilakukan oleh pemilik.

“Pemilik perlu meroboh dan membersihkan sisa runtuhan kawasan sebelum jalan boleh dibuka semula. Sama ada mahu membina semula atau tidak, itu terpulang kepada pemilik kerana ia adalah tanah persendirian,” katanya lagi.

Beliau memberitahu, tempoh penutupan kawasan bergantung kepada hasil siasatan dan keputusan teknikal, namun pihak berkuasa memberi jaminan tindakan lanjut akan dibuat secepat mungkin demi keselamatan orang awam.

Turut hadir Pengerusi MPS, Clarence Ting Ing Hort.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Blok bangunan kedai di Jalan Pahlawan mendap satu meter, orang ramai dilarang hampiri lokasi kejadian
Next: Projek naik taraf saliran dan bahu jalan Pasar Lingga tingkat keselesaan peniaga, pengunjung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.