Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
  • JENAYAH

Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok

Utusan Sarawak 4 hours ago
SUSPEK utama kes penemuan mayat wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau baru-baru ini. Foto Bernama

SEREMBAN: Suspek utama dalam kes penemuan mayat Suri Narudin yang ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, di sini, 18 Disember lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Tampin, esok.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata lelaki berusia 51 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki menyebabkan kematian mangsa. 

“Seorang lagi individu iaitu lelaki berusia 41 tahun yang turut ditahan sebelum ini akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses perundangan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Sebelum ini, Alzafny dilaporkan berkata mayat yang ditemukan dalam beg ditanam di belakang rumah tersebut dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor sejak 8 Disember lepas.

Susulan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan sebelum mengesahkan identiti mayat wanita itu ialah Suri Narudin, 53, berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang sepadan dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Serkap: Tujuh individu ditahan cubaan seludup PATI di Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.