Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Suspek tikam pelajar ditahan reman tujuh hari
  • MAHKAMAH

Suspek tikam pelajar ditahan reman tujuh hari

Utusan Sarawak 5 days ago
SUSPEK pelajar peralihan tingkatan satu, direman hingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Foto hiasan

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, semalam.

Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak polis.

Suspek, yang juga pelajar peralihan tingkatan satu, direman hingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada prosiding itu, pelajar berkenaan diwakili peguam Anuar Ezzad.

Terdahulu, suspek yang berpakaian baju berwarna oren tiba di pekarangan mahkamah pada 8.40 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Insiden pada kira-kira 9.30 pagi itu menyaksikan seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam oleh suspek, dan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian iaitu di dalam kawasan sekolah mereka.- Bernama

Continue Reading

Previous: Inkues Zara Qairina: Guru sekolah tidak pernah beri kuasa bertindak kasar – Saksi
Next: Mahkamah benar Lim Guan Eng dapatkan pasport secara kekal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.