Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Suspek kes penipuan perniagaan, pembelian kereta tidak wujud masih dikesan di Sarawak
  • JENAYAH

Suspek kes penipuan perniagaan, pembelian kereta tidak wujud masih dikesan di Sarawak

Utusan Sarawak 12 hours ago
GAMBAR hiasan.

LIMBANG: Polis percaya suspek yang disyaki terlibat dalam beberapa kes penipuan membabitkan urusan perniagaan dan pembelian kereta tidak wujud masih berada di sekitar Sarawak.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot, berkata usaha giat sedang dijalankan bagi mengesan lelaki tempatan berusia 28 tahun yang dipercayai bertanggungjawab dalam kes-kes tersebut.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang telah menerima 11 laporan polis berkaitan modus operandi pembelian kereta yang tidak wujud, melibatkan suspek yang sama,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, dua laporan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes pembelian kereta tidak wujud, manakala tiga lagi kertas siasatan dibuka membabitkan kes penipuan perniagaan dan urusan pembelian kereta yang tidak wujud.

Setakat ini, jumlah kerugian yang dilaporkan di daerah Limbang akibat kegiatan penipuan ini mencecah RM241,667.

“Daripada jumlah tersebut, RM205,667 adalah kerugian akibat penipuan dalam urusan perniagaan tidak wujud, manakala RM36,000 melibatkan penipuan pembelian kereta yang tidak pernah diserahkan kepada mangsa,” jelas beliau.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan dan pihak polis sedang menunggu maklum balas daripada institusi kewangan yang berkaitan, selain terus berusaha menjejaki suspek.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah akhbar tempatan semalam melaporkan seorang wanita mengalami kerugian kira-kira RM200,000 selepas diperdaya oleh rakan sendiri yang telah dikenalinya selama 10 tahun untuk menjadi rakan kongsi dalam sebuah perniagaan yang tidak wujud, Februari lalu.

Difahamkan, terdapat beberapa lagi mangsa yang mungkin terlibat dalam siri penipuan oleh suspek yang sama dan dipercayai masih berada di negeri ini.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Rasuah: Tiga termasuk dua ADUN Sabah akan didakwa bulan ini
Next: Bot tunda ditahan, gagal patuhi syarat lesen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.