Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Suspek jual organ direman tujuh hari
  • TEMPATAN

Suspek jual organ direman tujuh hari

Utusan Sarawak 5 years ago
REMAN… Suspek disyaki terlibat dengan aktiviti pemerdagangan organ manusia secara haram dikenakan perintah reman tujuh hari bermula semalam

KUCHING : Seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan aktiviti pemerdagangan Organ secara haram direman tujuh hari  bermula semalam hingga 20 Ogos depan.

Perintah tahanan reman itu di keluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Mosidi Husseini di Mahkamah Majestret Kuching terhadap suspek bagi membantu dalam siasatan kes terbabit.

Suspek yang berumur 48 tahun itu ditahan polis semalam selepas dia bertindak menyerahkan dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching kira-kira jam 1.45 tengahari.

Timbalan Persuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar dalam satu kenyataan semalam berkata suspek bertindak demikian selepas menyedari dirinya diburu oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pemerdagangan Organ secara haram.

 Kegiatan suspek terbongkar susulan satu artikel yang  disiarkan oleh portal berita ‘The Sun’ yang berpengkalan di United Kingdom yang mendedahkan Kegiatan yang dijalankan oleh suspek.

Menurut artikel berkenaan, suspek mendakwa dia  telah mendalangi lebih 45 penjualan buah pinggang menerusi laman Facebook selain turut mengenali lebih 100 orang yang berpotensi untuk menjual organ di seluruh dunia.

Artikel berkenaan turut mendakwa suspek telah bercakap besar kepada wartawan yang menyamar sebagai pembeli dengan mengatakan dia boleh mengatur urusan pemindahan organ secara haram kepada warga Britain dengan kos £85,000 atau RM466,440.

Jumlah tersebut termasuk termasuk bayaran rasuah “bawah meja” bagi membolehkan pembedahan pemindahan organ dapat di lakukan di sebuah klinik di Manila, Filipina.

Malah suspek dikatakan terbabit dalam aktiviti jual beli organ manusia dan berperanan sebagai orang tengah yang mengatur jual beli bahagian tubuh manusia sejak 2010.

Oleh Kadir Edison

Continue Reading

Previous: Tiga ditahan terlibat judi atas talian
Next: Sarawak negeri termaju 10 tahun lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.