Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Suspek bersenjatakan pisau rompak kedai serbaneka di Kota Sentosa
  • JENAYAH

Suspek bersenjatakan pisau rompak kedai serbaneka di Kota Sentosa

Utusan Sarawak 4 hours ago
KAWASAN kedai serbaneka di Kota Sentosa yang disyaki dirompak seorang lelaki bersenjatakan pisau.

KUCHING: Sebuah kedai serbaneka di Kota Sentosa di sini dirompak seorang suspek bersenjatakan pisau dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata kejadian berlaku sekitar 4.30 pagi di sebuah premis KK Mart di kawasan berkenaan.

Beliau berkata suspek dipercayai seorang lelaki yang bertindak secara bersendirian sebelum melarikan diri dengan berjalan kaki sejurus selepas kejadian.

“Kejadian ini mengakibatkan kerugian sebanyak RM1,249. Kes masih dalam siasatan dan usaha mengesan serta menangkap suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Mohd Irwan berkata suspek boleh disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda atau sebatan.

Beliau menambah siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti motif dan suspek terlibat.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Pengesahan umur ‘perisai digital’ kekang jenayah siber kanak-kanak – Pakar
Next: Ops Samseng Jalanan: PDRM Bintulu tahan individu, sita motosikal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.