Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Suspek amang seksual kanak-kanak ditahan polis di Sri Aman
  • JENAYAH

Suspek amang seksual kanak-kanak ditahan polis di Sri Aman

Utusan Sarawak 1 day ago
Lelaki tempatan berusia lewat 50-an ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun di daerah ini. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki tempatan berusia lewat 50-an ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun di daerah ini.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu hari ini, tangkapan dibuat oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah diketuai Inspektor Muhammad Firdaus Saldi pada sekitar 9.30 malam tadi di kawasan Sri Aman.

Hasil tangkapan itu, polis turut merampas sebuah telefon pintar milik suspek yang dipercayai mengandungi bahan bukti penting berkaitan kes berkenaan.

Polis turut merampas sebuah telefon pintar milik suspek yang dipercayai mengandungi bahan bukti penting berkaitan kes berkenaan. Foto: IPD Lubok Antu

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Suspek kini direman selama empat hari di Lokap Balai Polis Lubok Antu bagi membantu siasatan lanjut.

Pihak polis turut mengingatkan masyarakat, khususnya ibu bapa dan penjaga, agar sentiasa peka terhadap perubahan sikap anak-anak, terutamanya perubahan yang berlaku secara mendadak, bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa eksploitasi atau amang seksual oleh individu tidak bertanggungjawab.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan lelaki serang isteri dan anak di Permai Jaya dalam masa 24 jam
Next: Polis Padawan tahan dua suspek kes kecurian kabel, rakan masih diburu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.