Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Suspek 10 rekod jenayah ditahan berhubung kes kecurian kabel
  • JENAYAH

Suspek 10 rekod jenayah ditahan berhubung kes kecurian kabel

Utusan Sarawak 7 hours ago
SUSPEK ditahan berhubung kes kecurian kabel.

LUBOK ANTU: Seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang mempunyai 10 rekod sabitan kesalahan lampau telah ditahan di pekarangan Mahkamah Kuching, di sini semalam bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian kabel di Daerah Lubok Antu.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Pritcha Azin berkata, suspek yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau melibatkan pelbagai kesalahan termasuk dadah dan kecurian itu turut didapati positif dadah jenis amfetamina dan metamfetamina.

“Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Lubok Antu dan permohonan reman akan dibuat pada 7 November 2025 bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pritcha turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah bagi membantu polis mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan Lubok Antu.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan dua lelaki positif dadah di Kampung Segong
Next: Lelaki ditahan curi buah sawit di ladang SALCRA Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.