Suri rumah ditahan miliki syabu 0.45 gram di Mukah

Facebook
WhatsApp
SEORANG suri rumah warga tempatan berusia 49 tahun ditahan polis selepas dipercayai memiliki dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 0.45 gram di Jalan Mukah-Balingian.

MUKAH: Seorang suri rumah warga tempatan berusia 49 tahun ditahan polis selepas dipercayai memiliki dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 0.45 gram di Jalan Mukah-Balingian, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, wanita itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah kira-kira 1.00 petang pada 24 Ogos lalu.

Beliau berkata, tangkapan dilakukan dalam satu serbuan di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Mukah-Balingian, Mukah, berdasarkan maklumat yang diterima pihak polis.

“Hasil pemeriksaan mendapati satu keratan tiub straw lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu ditemukan dalam simpanan suspek.

“Anggaran berat kasar dadah yang dirampas adalah 0.45 gram,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, suspek bersama barang rampasan kemudian dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan serta siasatan lanjut.

“Hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati wanita berkenaan negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah tanpa kebenaran yang sah.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman denda maksimum sehingga RM100,000 atau penjara selama tempoh sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

Tambah kenyataan tersebut, suspek direman selama tiga hari sehingga 28 Ogos ini bagi melengkapkan siasatan.

Dalam pada itu, Polis Daerah Mukah akan terus mempergiatkan usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah dan dadah boleh menghubungi Hotline IPD Mukah di talian 084-871222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,