Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Suri rumah di Sibu rugi RM234,400 terpedaya panggilan ‘Pegawai MCMC’
  • JENAYAH

Suri rumah di Sibu rugi RM234,400 terpedaya panggilan ‘Pegawai MCMC’

Utusan Sarawak 18 hours ago
GAMBAR hiasan. Seorang suri rumah berusia lingkungan 30-an di sini mengalami kerugian sebanyak RM234,400 selepas terpedaya dengan panggilan telefon daripada sindiket penyamaran baru-baru ini.


SIBU: Seorang suri rumah berusia lingkungan 30-an di sini mengalami kerugian sebanyak RM234,400 selepas terpedaya dengan panggilan telefon daripada sindiket penyamaran baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata mangsa menerima panggilan pada 1 Ogos daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Suspek mendakwa nombor telefon mangsa digunakan untuk aktiviti penggubahan wang haram sebelum panggilan itu disambungkan kepada individu lain yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata suspek kemudian mengarahkan mangsa memberikan maklumat jumlah simpanannya, memajak barang kemas serta membuat pemindahan wang ke beberapa akaun bank bagi tujuan siasatan.

“Mangsa yang bimbang dan takut telah menurut arahan dengan membuat 20 transaksi ke tujuh akaun bank berbeza berjumlah RM234,400 antara 11 hingga 16 Ogos.

“Selepas itu, mangsa gagal menghubungi suspek dan menyedari dirinya ditipu lalu membuat laporan polis,” katanya.

Menurut Zulkipli, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak panik apabila menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa wakil jabatan kerajaan atau institusi kewangan.

“Sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh diperoleh daripada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau laman Facebook @CyberCrimeAlertRMP dan @JSJKPDRM.

“Orang ramai juga boleh membuat semakan nombor akaun serta nombor telefon yang meragukan melalui laman sesawang https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/,” katanya.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: ‘Wanita Facebook’ janji untung 10%, mekanik Sibu rugi lebih RM317,000
Next: Sentosa Assemblyman says money don’t fall from trees and warns public against ‘easy money’ scams

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.